Thursday, 23 February 2012

Tarannum

Hukum Taranum Al-Quran

TILAWAH al-Quran bukan asing bagi masyarakat Islam di negara ini, malah Malaysia antara negara pelopor mengadakan acara itu setiap tahun.
Dalam mana-mana majlis tilawah, qari dan qariah akan memperdengarkan bacaan dengan seni lagu atau tarannum. Kehandalan seseorang pembaca bukan sekadar diukur kepada kebolehan tajwid tetapi sedap atau tidak pembacaannya.
Melagukan al-Quran berbeza daripada nasyid, qasidah dan burdah malah menurut Imam Syafie, melagukan al-Quran ialah mengelokkan kitab suci itu tanpa melanggar hukum tajwid.
Namun, timbul perselisihan pendapat di antara ulama salaf (dahulu) dan ulama khalaf (kemudian) mengenai kesenian lagu al-Quran. Ada berpendapat hukum berlagu makruh dan harus.
Antara ulama yang berpendapat hukum berlagu makruh ialah Anas bin Malik, Said bin Jabir, Ibn Sirin, Imam Malik dan Imam Ahmad. Mereka bersandarkan kepada hadis yang berbunyi:
“Bacalah al-Quran dengan bentuk suara dan lagu Arab, hendaklah dijauhkan dengan bentuk lagu ahli kitab dan orang fasik. Sesungguhnya akan datang selepas aku kaum tertentu yang membaca al-Quran seperti orang bernyanyi dan cara ahli kitab dan cara seperti meratap iaitu keluar huruf melalui kerongkong mereka tidak sesuai dengan makhraj huruf semata-mata bertujuan mempesona dan menakjubkan orang saja.”
Selain itu, Imam Ahmad berpendapat, pembacaan al-Quran secara berlagu suatu perkara bidaah dan ia melarang daripada mendengarnya.
Ulama yang berpendapat hukum berlagu adalah harus ialah Umar Ibn Khattab, Ibn Abbas, Ibn Mas’ud, Imam Hanafi dan Imam Syafie. Mereka berpandukan hadis nabi, antaranya:
“Daripada Barra’ bin Azib berkata: Rasulullah bersabda (maksudnya): Seseorang yang mahir membaca al-Quran ditempatkan di syurga bersama Malaikat dan hiasilah al-Quran dengan suaramu.”
Menurut Imam Mawardi, melagukan al-Quran itu boleh selagi tidak keluar daripada kaedah hukum tajwid sehingga lagu merosakkan bacaan.
Ijmak ulama menyatakan, menjadi suatu yang digalakkan mendengar bacaan al-Quran seorang yang mempunyai suara baik kerana ia lebih jelas kepada makna yang dikehendaki.
Pensyarah al-Quran dan Tarannum, Kolei Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Muhammad Lukman al-Hafiz Ibrahim, berkata masyarakat Islam perlu menganggap tarannum suatu tuntutan dengan melihat kepada beberapa hadis sahih Rasulullah s.a.w yang menyuruh dan beramal demikian.
Asas bertarannum, katanya, ialah hadis Rasulullah s.a.w bermaksud: “Bukanlah umat kami mereka yang tidak bertaranum dengan al-Quran.” (Sahih Bukhari: 6/273)
“Suatu bukti yang tidak dapat disangkal ialah mereka yang belajar ilmu tarannum adalah lebih baik tilawah serta tajwidnya berbanding dengan mereka yang tidak belajar,” katanya.
Beliau berkata, ini sesuai dengan gesaan Rasulullah s.a.w supaya membaca al-Quran dengan cara yang paling baik, seperti yang dapat difahami melalui satu hadis bermaksud:
“Hiasilah al-Quran dengan suaramu kerana suara yang baik akan menambah keelokan al-Quran.” (Riwayat Hakim 1/768).
“Suara perlu dibentuk dengan tarannum yang baik untuk menyambut suruhan Rasulullah s.a.w ini. Jika tidak bacaan akan menjadi buruk dan tidak elok. Ini bertentangan dengan kemuliaan al-Quran.
“Seorang yang berkata tidak mampu bertaranum dengan alasan suaranya tidak baik hanya memberi alasan yang remeh.
“Mereka sebenarnya tidak belajar bertaranum yang betul untuk al-Quran. Realiti ini memang terbukti melalui kursus dan kelas yang diadakan.
“Sehingga guru dan penceramah agama sendiri yang mahir dalam ilmu tafsir, hadis, fiqah dan lain-lain tidak membaca al-Quran dengan baik malah salah,” katanya.
Punca perkara itu, katanya, hanya satu kerana tidak belajar al-Quran sedangkan mereka mendalami ilmu tafsir, hadis, fiqah dan lain-lain.
“Sekiranya dilihat dari sudut masyarakat Islam pula, mereka yang lemah dalam membaca al-Quran masih ramai bahkan sebahagiannnya tidak tahu membaca langsung. Itu belum lagi dibincangkan persoalan membaca dengan baik dan bertarannum,” katanya.
Jelas, berdasarkan keterangan itu termasuk beberapa hadis menegaskan supaya membaca al-Quran dengan suara elok dan berlagu menyumbangkan kepada keelokannya.
Tetapi ini tidak bermakna mereka yang tidak boleh berlagu dipaksa agar berbuat demikian, sesuai dengan hadis bermaksud: “Sesungguhnya mengelokkan suara dalam pembacaan al-Quran adalah dituntut. Jika tidak berkemampuan hendaklah diperelokkan sekadar termampu saja.”
Menurutnya, amalan berlagu dalam pembacaan al-Quran bermula sejak era kegemilangan generasi pertama Islam, iaitu zaman Rasulullah s.a.w.
“Imam Ibn Hajar Asqalani meriwayatkan, masyarakat Arab cukup suka berlagu sama ada ketika menunggang unta, di halaman rumah dan di mana sahaja. Apabila al-Quran diturunkan, Rasululah s.a.w mahukan minat berlagu itu dipindahkan kepada tarannum al-Quran (Fath al-Bari 6/69).
“Satu riwayat lain dari Imam Ibn Batthal menyebutkan, Saidina Umar meminta Abu Musa al-Asy`ari (qari ulung di kalangan sahabat) membaca al-Quran di hadapannya. Maka, Abu Musa membaca sambil bertarannum. Kata Umar r.a sesiapa yang mampu untuk bertaranum seperti Abu Musa, silalah (Syarah al-Bukhari oleh Ibnu Battal 9/342)
“Asasnya di sini ialah mengutamakan bacaan bertajwid dan tarannum bertujuan untuk memperelokkan lagi bacaan al-Quran,” katanya.
Jenis lagu adalah pelbagai, tetapi yang biasa bagi masyarakat di Malaysia ada tujuh, membabitkan lagu Bayati (dimasyhurkan orang Mesir), lagu Soba (berasal dari Arab Mesir), lagu Hijaz (berasal dari Hijaz iaitu Makkah dan Madinah), lagu Nahawand (berasal dari Hamdan, Parsi), lagu Rast (berasal dari Parsi), lagu Jaharkah (berasal dari Afrika) dan Sikah (berasal dari Parsi).
Muhammad Lukman berkata, seseorang yang ingin membaca al-Quran boleh memilih mana-mana tarannum yang sesuai dengan suara mereka.
“Umat Islam memang dituntut mempelajari tarannum sepanjang zaman dengan tujuan untuk memperelokkan (tahsin) tilawah al-Quran.
“Namun, asas dalam tarannum al-Quran adalah tajwid. Al-Quran wajib dibaca dengan tajwid.
“Taranum juga adalah tuntutan, namun tidak boleh sekali-kali mendahului tajwid dan melampau dalam tarannum sehingga membelakangi tajwid. Perkara ini mesti dijauhi,” katanya.
Cuma, katanya, syarat pembelajaran tajwid dan tarannum adalah secara talaqqi dan musyafahah (belajar secara langsung dan menghadap guru).
“Kaedah menggunakan kaset, cakera padat video (VCD) dan media lain hanyalah sebagai satu alat bantu tambahan dan ia bukan asas kepada pembelajaran al-Quran,” katanya.


KESENIAN MENGIKUT PANDANGAN ISLAM

Oleh : Muhammad Uthman El-Muhammady
1. Bila kita berbicara tentang kesenian mengikut pandangan Islam secara amnya, maka termasuklah ke dalam perbincangan kita keindahan dan kesenian yang berkait dengan ibadat seperti azan, bacaan Qur'an, syair-syair kerohanian, seni khat yang berkait langsung dengan penulisan Qur'an dan sunnah, senibina, seni perhiasan, seni berpakaian, seni persuratan, serta seni merancang kota (al-balad). Islam sebagai tamadun yang terpandu oleh ajaran Ilahi memancar segi-segi keseniannya yang tersendiri yang mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri yang memancar kebenaran-kebenaran Islam, samada secara langsung atau tidak langsung.

2. Bila berbicara tentang keindahan yang terpancar dalam kesenian Islam, maka perlu diingatkan Ism Tuhan iaitu AL-JAMAL (Yang Maha Indah), dan terkenal hadith :

( إِنَّ اللّٰهَ جَمِيْل۠ يُحِبُّ الْجَمَالَ )
Yang bermaksud : " Seungguhnya Allah Maha Indah dan Ia cintakan Keindahan."

Juga teringat kita kepada kalimah "husn" dalam bahasa Arab yang bukan sahaja memaksudkan keindahan tetapi juga kebaikan. Ertinya keindahan lahiriah itu bukan terpisah bahkan terkandung didalamnya pengertian keindahan dan kebenaran disebaliknya dari segi pengertian rohaniah dan akliahnya. Terkait rapat dengan kenyataan itu ialah kenyataan Al-Qur'an yang memaksudkan bahawa Allah menjadikan segala sesuatu dengan penuh ketelitian dan keteguhan serta keindahan (Al-itqan). Dan sudah tentu keindahan dalam kesenian yang dimaksudkan di sini yang terkandung dalam pengertian "hikmah" atau kebijaksanaan (wisdom).

3. Kita boleh mulakan dengan kesenian dalam pembacaan al-Qur'an yang dilakukan mengikut tajwid atau bacaannya berdasarkan kepada qiraat yang terkenal, berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan hadith bahawa Al-Qur'an memerintahkan supaya ia dibacakan secara tartil, iaitu mengikut tajwid yang betul.


3.1 Selain daripada pembacaannay yang dituntut supaya mengikut tajwid ianya dikehendaki, secara anjuran, supaya dibacakan dengan lagu yang merdu, dengan taranum mengikut kaedah lagu dan suara yang terkenal dikalangan para qari yang diakui dalam tradisi lama. Keindahannya yang mengalun itu mengetuk pintu hati dan kalbu manusia dengan cara mempersonakan, yang mendatangkan kekhusyukan, walaupun dikalangan mereka yang tidak memahami bahasa; sehingga dalam tradisi Islam dilaporkan ada mereka yang buta huruf yang sedemikian terkesan dengan bacaan Qur'an dan bila ditanya bagaimana ia yang buta huruf boleh menjadi sedemikian terkesan dengan bacaan itu, maka jawabnya bahawa hatinya "Arab" walaupun lidahnya "Ajam".

Seorang muslim moden seperti almarhum Mohammad Mamaduke Paickthall boleh berkata dalam pendahuluan terjemahan Qur'annya bahawa bacaan Qur'an itu berupa " the inimitable symphony the sound of which moves men to tears and eostacy". (Simfoni kemerduan bacaaanya yang tidak ada bandingnya yang mempengaruhi jiwa manusia sampai keluarlah air mata mereka dalam keghairahan dan kekhusyukannya).
3.2 Dikalangan para sahabat (Allah meredhai mereka) peribadi yang terkenal dengan bacaan Al-Qur'an yang sangat merdu dan mengasyikkan, yang mendapat gelaran dari Rasulullah SAW sebagai "mizmar Nabi Allah Daud" ialah Abu Musa al-Asyari (Allah meredhainya).


4.0 Selain daripada bacaan Qur'an yang merupakan ibadat yang tertinggi, yang perlu dilakukan dengan memahami maksudnya, maka seruan azan yang merdu merupakan kesenian suci yang terkait secara langsung dengan ibadat yang kemuncak dalam Islam, iaitu sembahyang yang merupakan munajat antara hamba dengan Tuhannya.

4.1 Seruan azan juga perlu dilakukan mengikut aturan tajwid dan juga alunan lagu yang sesuai dengannya mengikut tradisi taranum yang jelas dalam Islam.
4.2 Alunan suara azanlah yang menyebabkan almarhum Iqbal teringat kepada keindahan dan kehebatan masjid Cardova dalam baitnya walaupun dalam terjemaham inggeris :
Hidden in your dust are the marks of ardent prostrations. Your morning breeze carries within it the silent call of the muezzin to prayer. Your finger need once again the carmine touch of henna I have heard, and I have made others listen to me. But the heart's consolation is not in seeing or listening

Terjemahannya : Tersembunyi dalam debumu tanda-tanda bekas sujud nan ghairah, Bayu pagimu membawa di dalamnya seruan muezzin di pagi sunyi, Jari-jemarimu sekali lagi lagi memerlukan sentuhan inai nan merah, Telah aku saksikan, dan telah aku dengarkan, dan telah aku jadikan orang lain mendengar kata-kata ku mendengarku tapi kebahagian hati bukan hanya dengan menyaksi atau melihat. ( Dari Iqbal Singh, The Ardent Pilgrim)
4.3 Seni suci dalam azan nan merdu menjagakan manusia yang lalai dan membawa mereka ke Hadhrat Ilahi. Kalau al-Qur'an menyedarkan manusia kepada panggilan ajaran Tuhan, maka seruan dan alunan azan membawa manusia ke Hadhrat Tuhan dan munajat kepadaNya.

5.0 Satu lagi seni yang melibatkan kebenaran kebenaran dalam Islam menyelinap ke dalam kalbu dan roh manusia ialah seni persajakan, yang dialunkan dengan sedemikian rupa sehingga mempersonakan, dan membawa manusia ke Hadhrat Tuhan bagi mereka yang mempunyai syarat-syaratnya. Ini yang disebut sebagai As-sama", yang dibicarakan dengan panjang lebar oleh Imam Al-Ghazali (Allah meredhainya) dalam kitabnya yang terkenal iaitu Ihya' Ulum al-Din.

5.1 Imam al-Ghazali menyatakan bahawa sebagaimana tidak ditegah mendengar suara burung atau suara-suara haiwan lain yang merdu, maka demikian pula tidak ditegah mendengar alunan suara merdu dalam membaca syair-syair yang baik dengat syarat-syaratnya. Keharusannya menjadi haram kalau ianya mengingatkan kepada yang diharamkan seperti khamar atau kerinduan kepada orang yang diingini yang diharamkan oleh syara'.
5.2 Dalam membela syair atau persajakan sampai Imam al-Ghazali mengatakan bahawa di dalamnya ada hikmah kebijaksanaan : kenyataan ini adalah dengan mengecualikan syair-syair yang mengandungi unsur-unsur yang batil sebagaimana yang dinyatakan oleh kenyataan-kenyataan Qur'an di akhir Surah al-Syu'ara'.
5.3 Pendirian yang positif tentang syair-syair yang baik inilah yang membawa kepada timbulnya tradisi persajakan Islam yang amat kaya yang melahirkan tokoh-tokoh persajakan yang terkenal itu, termasuk Hasan bin Thabit, Umar bin al-Farid, Jalaluddin Rumi, Hafiz, dan lainnya, dalam zaman moden, Muhammad Iqbal. Allah memberi rahmat kepada mereka.
5.4 Ciri-ciri persajakan Islam ini sudah dibicarakan oleh penulis dalam essai " Ke Arah Melahirkan Tradisi Persajakan Islam" dalam memahami Islam.


6.0 Yang menarik perhatian penulis ialah sikap Imam al-Ghazali tentang alat-alat muzik yang dikenali pada zamannya, antaranya beliau menyatakan

Jikalau mendengar nyanyian itu mengingatkan kepada minum , yang membawa kepada rindukan minuman khamar pada orang yang sukakan yang demikian berserta minum, maka dilaranglah mendengar nyanyian itu (as-sama'), kerana sebab khusus tentang perkara itu.

(Perkata ketiga) persepakatan tentang sesuatu itu, manakala telah menjadi adat kebiasaan orang-orang fasiq, dilarang menyerupai mereka itu ( dalam kebiasaan mereka itu-p), kerana sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk ke dalam kalangan mereka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan at-Tabrani-p). Dan dengan alasan inilah maka kami mengatakan : ditinggalkan sunnah bila sunnah itu telah menjadi syiar bagi golongan bid'ah kerana ditakuti menyerupai dengan mereka.

Dan dengan alasan inilah maka diharamkan memukul kubah, iaitu gendang panjang, kecil tengahnya, luas dua tepinya, memukulnya adalah adat kebiasaan orang-orang yang menyerupai dirinya dengan wanita ( al-mukhannatin), dan kalaulah tidak ada padanya itu menyerupai (mereka itu-pun), maka (gendang) itu seperti gendang orang balik haji dan gendang perang. :


6.1 Dan dengan alasan inilah maka kami mengatakan bahawa kalau berkumpul sekumpulan manusia dan mereka menghias majlis itu dan mereka mendatangkan alat-alat minuman dan gelas-gelasnya, dan kemudian mereka menuangkan ke dalam bekas-bekas minuman itu minuman sekanjabin (yang memang halal), dan mereka adakan pelayan yang pergi berkeliling menemui mereka memberi minuman kepada mereka , lalu mereka mengambil minuman itu dan mereka minum, dan mereka menghormati antara satu sama lain dengan kalimah-kalimah yang menjadi kebiasaan mereka, maka itu haram ke atas mereka, walaupun yang mereka minum itu harus pada zatnya, kerana pada perbuatan yang demikian itu terdapat penyerupaan dengan orang-orang yang membuat kerosakan (ahl al-fasad), bahkan kerana inilah diharamkan memakai qabba' (pakaian yang terbelah dibahagian hadapan) dan membiarkan kepala dengan rambut qaza' ( iaitu digunting sebahagian daripada kepala dan tidak yang lainnya dalam negeri-negeri qabba' itu dipakai oleh orang-orang yang melakukan kejahatan (ahl al-fasad) walhal itu tidak ditegah di negeri Ma wara' al-Nahr (Transofiana), kerana itu menjadi kebiasaan orang -orang yang salih-salih (ahl as-saleh).
6.2 Maka dengan pengertian inilah diharamkan serunai Iraq (mizmar al-Iraq), alat-alat muzik yang bertali (autar), semuanya seperti gambus ('ud), dandi atau cin-cin, rebab, dan gitar (barbat), (barbat-bahasa Yunani), dan lainnya. (Mengikut pensyarah Ihya' termasuk kedalamnya alat seperti sintir, yang talinya secara berperingkat peringkat panjang kemudian semakin pendek, di atas kotak dipukul supaya berbunyi, juga sperti "qanun"(harp), dan kamanjah-bahasa Parsi (biola mempunyai dua tali). Dan yang selain itu, tidaklah seperti maksud alat-alat permainan itu, permainan gembala dan mereka yang menunaikan haji (shahin ar-ru'at wal-hajij), dan alat permainan pemukul gendang tambur, dan tiap-tiap alat (bunyian) yang keluar daripadanya suara merdu yang mempunyai timbangan, yang selain daripada yang menjadi kebiasaan bagi ahli yang minum (arak), kerana itu semua tidak bersangkut paut dengan khamar, dan tidak mengingatkan khamar, dan tidak membawa kepada keinginan kepadanya, dan tidak membawa kepada menyerupai mereka yang menjadi ahli kegiatan yang demikian, maka tidaklah ianya termasuk kedalam maksudnya, maka tinggallah ia atas hukum asalnya, iaitu harus dengan dikias atas suara burung dan lain daripadanya (Ihya' Ulum al-Din ).Di tepi syarahnya, Jld.VI. hlm. 473-474.


7.0 Berkenaan seni menulis secara mengikut aturan dan keindahan, maka ianya seni yang mulia dalam tamadun Islam. Tentang mulianya seni khat, S.H. Nasr menyatakan :

Sebagaimana mulianya seni membaca Qur'an merupakan seni suara (sonoral art) yang suci dalam Islam, yang paling baik, yang merupakan kemuncak asal seni suara tradisional semuanya, demikian pula seni khat, yang membayangkan pada paras duniawi Kalam Tuhan, yang asalnya di Lauh Mahfuz, ianya asal bagi seni tulis (plastic arts). (Islamic Art dan Spirituality. Hlm.17-18)

7.1 Ilmu khat bukan sahaja merupakan seni menulis secara mengikut aturan yang menimbulkan ciri-ciri kecantikan dalam penulisan , bahkan terdapat maksud-maksud kerohanian yang mendalam yang menjadikan seni itu sebahagian daripada seni suci dalam Islam.


8.0 Seni bina adalah merupakan sebahagian daripada seni suci dalam Islam kerana ianya bertalian dengan pembinaan yang termulia dan suci, iaitu masjid.

Dalam berbicara tentang seni bina masjid S.H Nasr menyatakan : Allah menjadikan keseluruhan alam semulajadi yang tidak disentuh oleh insan itu sebagai hasil perbuatan sempurnanya yang tidak habis-habis perbendaharaan nya, sebagai tempat ibadat bagi muslimin, dan menjadi terkemuka ajaranNya yang terakhir , Islam , agama asalNya, kambali ke alam tabie sebagai pusatnya.Seni bina Islam yang kemuncak adalah masjid yang sendirinya merupakan "penciptaan kembali" atau "pengingatan kembali" keharmonian, susunan yang teratur, dan kedamaian alam tabi'e yang tuhan telah pilihkan untuk menjadi sebagai rumah pengabdian muslim yang kekal abadi.Dalam ia sembahyang dalam masjid yang bersifat tradisional , dalam satu pengertian, si muslim itu kembali ke persada alam tabi'e , bukannya secara lahiriah, tetapi melalui ikatan penghubung yang batin yang menghubungkan masjid itu kepada prinsip-prinsip dan rentak-rentak irama alam tabi'e dan memadukan ruangnya ke dalam ruang yang suci penciptaan yang asal, yang berkembang meluas, setakat alam tabi'e itu masih kekal ada walaupun diserang oleh manusia yang bersifat 'Promethean' ke dalam Hadhrat Tuhan yang mendamaikan dan dalam masa yang sama memadukan roh. Melalui perintah Tuhan yang meletakkan alam tabi'e sebagai haikal tempat pengabdian, maka senibina suci Islam merupakan sebagai sambungan bagi alam tabi'e sebagaimana yang dijadikan Tuhan dalam alam sekitar ciptaan ciptaan manusia. Ianya dikelilingi oleh alam tabi'e dan ia mengambil bahagian dalam kesatuan, saling bertaliannya, harmoni, serta kebeningan alam tabi'e walaupun dalam alam sekitar kota raya atau bandar. Bahkan sebenarnya ia menjadi sebagai markaz atau pusat yang daripadanyalah keluarnya dan merebaknya sifat-sifat itu ke dalam seluruh alam sekitar kekotaan itu.

8.1 Beliau mengatakan lagi: Ruang-ruang dan bentuk-bentuk rupa bandar dan kota tradisional Islam itu dalam satu pengertian merupakan sambungan bagi masjid yang terkait dengannya secara organik, serta mengambil bahagian dalam sifatnya menyucikan dan memadukan, sebagaimana pula seluruh kota atau bandar itu mengambil bahagian dalam keberkatanyang timbul daripada bacaan Qur'an atau alunan suara azan yang keluar dari dalam masjid itu. Dengan menjadikan masjid sebagai sambungan alam tabi'e yang asal itu, Islam memberi penekanan kepada hakikat kejadian insan yang asal itu sendiri. Hakikat kejadian manusia ini yang Islam hendak menghidupkannya semula dan menegaskannya kembali, itu dilakukan dengan jalan membangunkan manusia daripada mimpi kelalaian, dan menimbulkan dalam dirinya sendiri kesedaran yang merupakan hakikat diri insan yang asal, yang merupakan sebab bagi kewujudan/manusia itu sendiri.(ibid.37-38).
8.2 Kegiatan dalam masjid merupakan kehidupan yang memadukan kehidupan muslimin kepada paksi hidup mereka. Dari Tuhan mereka datang dan kepada Tuhan mereka kembali akhirnya keseluruhan makna hidup dan kegiatan mereka.
8.3 Dalam pegertian lain pula masjid membayangkan keseluruhan alam smesta.Dan insan yang berdiri di masjid terasa ianya berdiri di tengah-tengah alam semesta sebagai khalifah Tuhan dan hambaNya, di bawah kerajaanNya dan arasyNya, di atas muka bumiNya, tempat sujudNya.


9.0 Berkait rapat dengan masjid ialah rumah si muslim yang secara tradisionalnya dibinakan dengan mengambil kira arah masjid dan kiblat, serta kedudukan rumah sebagai tempat rehat, perlindungan serta tarbiah diri dan keluarga dan membatasi diri dan auratnya dari pandangan luar.

10. Nilai kesatuan dalam senibina Islam berkait dengan kesatuan alam semesta dan lebih lagi berkait dengan Kesatuan Zat Yang Maha Esa yang mengatasi alam itu sendiri, bahkan ianya membayangkan kesatuan kehidupan itu sendiri yang terdiri daripada hidup perseorangan dan kemasyarakatan yang didasarkan kepada syariat yang merangkumi segalanya. Syariat inilah yang menjadikan semua segi kehidupan manusia tergabung menjadi satu kesatuan yang padu yang di dalamnya semua rentak upacara keagamaan dan bentuk-bentuk nilai ditentukan oleh agama dan ini dibayangkan oleh senibinanya.

10.0 Dalam binaan kota tradisional dalam Islam masjid bukan sahaja pusat kegiatan kerohanian dan keagamaan tetapi juga ianya merangkumi semua aspek kehidupan masyarakat, termasuk budaya, dan siasah dan juga pada had tertentu kegiatan perekonomian. Ianya berkait pula dengan bazar yang merupakan pusat kegiatan perekonomian dan istana atau pusat pentadbiran, pendidikan dan seterusnya dimana berlakunya kegiatan-kegiatan intelektual dan pengetahuan. Rumah-rumah kediaman selalulah berdekatan ; dengan cara yang demikian maka hidup dalam kerehatan, kerja, ibadat dan sembahyang, serta usaha menjaga keluarga menjadi bentuk-bentuk kehidupan yang sepadu, dan tidak terpisah-pisah dalam kehidupan tradisional Islam, yang mencerminkan kesenian membina dan menyusun kota.Kita boleh perhatikan kesatuan ini serta hubungan antara kegiatan-kegiatan yang terbayang pada seni binanya. Di tengah-tengahnya selalulah kelihatan masjid atau makam mereka yang salih berhampiran dengannya dan dari situ berkembanglah kota itu secara organik.Kota itu seolah-olah berada di bawah struktur yang satu yang melindungi semuanya yang timbul dari pusat yang bersifat keagamaan. Dengan itu maka bolehlah dikatalan seni bina yang suci itu mencahayai seluruhnya dan mempengaruhi sekitarnya.


11.0 Seni berpakaian merupakan sebahagian daripada kesenian tradisional dalam Islam. Qur'an menyuruh orang yang beriman berhias tiap-tiap kali ia pergi ke masjid menunaikan tugas rohaniahnya. Kalimah yang digunakan ialah "zinah" yang termasuk didalamnya pengertian pakaian.

11.1 Walaupun tidak boleh dikatakan ada pakaian tertentu yang khusus yang terkait dengan seni berpakaian dalam Islam, ada beberapa kriteria yang ditentukan oleh Islam dalam memakai pakaian. Antaranya ialah bagaimana ianya melindungi bentuk badan yang melindungi keindahan haiwani diri insan, ianya cantik dan sopan serta beradab. Ianya melambangkan manusia sebagai khlifah Tuhan dan hambaNya di muka bumi. Pakaian itu juga membantu dalam menjadikan manusia itu makhluk ibadat dan tafakkur yang mengambil tentang tugas bersuci dan juga pelaksanan gerak-geri ibadatnya.
11.2 Selain dari itu ada warna-warna tertentu yang dianjurkan, seperti putih, atau hijau dan seterusnya yang mengingatkan alam kesyurgaan.
11.3 Mungkin boleh dikatakan ada kekecualian tertentu untuk pakaian yang melibatkan kegiatan-kegiatan fizikal yang tertentu yang terlalu intensif, seperti dalam suasana peperangan. Maka itu ditentukan oleh keprluan yang timbul dari kegiatan itu, selain daripada beberapa perkara yang disebutkan.
11.4 Yang perlu diletakkan di dalamnya ialah tegahan pendedahan aurat dan bentuk keindahan haiwani badan manusia


12.0 Antara kesenian yang tidak sesuai dengan Islam ialah penciptaan patung-patung dan benda-benda bernyawa yang dilarang dalam hadith kerana itu seolah-seolah mengambil peranan "penciptaan" sebagai Tuhan. Wallahu a'alam.



CD Belajar Tarannum

Tarannum Al-Quran
Menyusuri Rahsia Keindahan Kalam-Allah
Posted by alhawa in CD Tarannum.
Tags: Al-Quran, Belajar, Beli, CD, Jual, Tarannum
28 comments
Assalamualaikum..
(KHUSUS BUAT MEREKA YANG BARU HENDAK BELAJAR TARANNUM ATAU TIDAK MEMPUNYAI ASAS TARANNUM)
Apa khabar kawan-kawan dan pengunjung semua. Saya ada berita baik buat peminat-peminat tarannum Al-Quran. Saya kini telah selesai menyusun CD berkenaan tarannum Al-Quran.
Berikut saya terangkan pengisian dalam CD-CD tersebut.
CD PERTAMA ~ TEORI : PENGETAHUAN ASAS TARANNUM (22 minit 30 saat)
  • Pengenalan Ilmu Tarannum.
  • Pengertian Tarannum
  • Sejarah Tarannum
  • Hukum Bertarannum
  • Jenis Tarannum
  • Kaedah Belajar Tarannum
  • Penutup
Kelebihan CD ini.
  • Saya menjelaskan perkara-perkara penting berkenaan Tarannum secara audio (suara saya).
  • Keterangan bertulis turut disertakan agar memudahkan anda memahami audio tersebut!
  • Keterangan yang ringkas dan jelas sesuai bagi mereka yang baru mengenali Tarannum.
  • Setiap topik diselitkan dengan maqam instrumental.
CD KEDUA ~ HAFALAN : TAUSIKH TARANNUM (14 minit 10 saat)
  • Merupakan kunci atau sifir kepada pembelajaran Al-Quran secara mudah.
  • Mengandungi 7 rangakaian Tausikh berdasarkan 7 lagu Al-Quran.
  • Rujukan bertulis disediakan agar pembelajaran lebih terpandu.
  • Berdasarkan rujukan Lembaga Bahasa dan Ilmu Al-Quran, Jakarta.
Isi kandungan CD Kedua ini ialah;
1. Tausikh Lagu – Baiyati
2. Tausikh Lagu – Hijaz
3. Tausikh Lagu – Soba
4. Tausikh Lagu – Rast
5. Tausikh Lagu – Jiharkah
6. Tausikh Lagu – Sika
7. Tausikh Lagu – Nahawand
8. Tujuh (7) Tausikh Di Atas Di Kumpulkan
CD KETIGA ~ RUJUKAN : MISTERI……
Saya tidak mahu menyatakan di sini namun hanya 20 pembeli yang awal sahaja akan dapat memperolehinya
………………………………………………..
HARGA (TIDAK TERMASUK POS)
………………………………………………..
HARGA CD #1 = RM 15.00
HARGA CD#2 = Percuma << kerana bukan 100% nukilan saya.
HARGA CD#3 = Percuma (berdasarkan stok yang ada.)
Harga POS
= Semenanjung = RM6.00
= Sabah = RM10.00
= Sarawak = RM10.00
………………………………………………..
JAMINAN KEPUASAN
………………………………………………..
Jika anda merasakan CD-CD yang anda telah beli tidak berbaloi dengan nilai wang yang anda keluarkan, sila pulangkan semula dalam masa 7 hari selepas tarikh anda terima dan saya akan pulang wang anda 100%=RM15.00 atau/ setelah ditolak kos-kos pemulangan wang semula.
PERHATIAN !! CD-CD INI TELAH SEDIA UNTUK TEMPAHAN. Nantikan kemunculan CD-CD dan bahan Ilmiah berkaitan Tarannum yang lain!
NOTA : SAYA SEDANG MENYIAPKAN CD KAEDAH PANTAS BELAJAR TARANNUM (ASAS) HANYA 2 HARI. NANTIKAN!!
……………………………
KAEDAH PESANAN
…………………………..
PROMOSI PERCUMA ini terhad dan saya memberikan keutamaan kepada siapa cepat dia dapat. Email tempahan yang awal masuk ke dalam mail-box saya akan diutamakan terlebih dahulu.
Ingat email saya : azlansenggarang@yahoo.com. Sila nyatakan no telefon anda dan saya akan hubungi secara individu untuk maklumat pembayaran dan pertanyaan lanjut.
azlan al-hawa
Prototaip CD Tarannum April 21, 2008
Posted by alhawa in CD Tarannum.
Tags: Al-Quran, CD, Mudah, Online, Tarannum
add a comment
Prototaip CD Tarannum
Apa Khabar kawan-kawan semua? Hari ini saya meluangkan masa mengisi blog-blog saya dengan mengupload gambar-gambar.
Baiklah; di sebelah merupakan cd Panduan Asas Tarannum Al-Quran yang akan saya lancarkan di sini tidak lama lagi.
CD ini disusun mengikut Kaedah Dian yang saya cipta pada tahun 2003/2004 yang lalu. Semua ini adalah anugerah Allah dan saya memohon kepada-Nya, mudah-mudahan mudah untuk dikongsi bersama dengan anda sekalian.
Kepada Allah jua saya pohonkan agar dijauhkan hati dan diri ini daripada sifat-sifat jahat seperti ria’, ujub dan takabbur… Sesungguhnya ganjaran (yang sebenar) adalah di sisi Allah jua (yang saya harapkan.)
In-Ajriya-Illa AlAllah…
Lihat Ulasan saya tentang karya penulisan saya yang baru keluar di pasaran (buku cerita kanak-kanak) di www.alhawa.wordpress.com
azlan al-hawa
CD Belajar Al-Quran. April 15, 2008
Posted by alhawa in News.
Tags: Al-Quran, Belajar, Berzanji, CD, Selawat, Tarannum, Zikir
add a comment
Saya ada menyediakan CD bacaan Al-Quran, berzanji, zikir dan selawat.
>>>> Sila klik di www.lamanbestari.wordpress.com. <<<<
Nikmat Suara April 15, 2008
Posted by alhawa in Petua.
Tags: Jaga, Nikmat, Petua, Suara, Tip
add a comment
Suara kita terhasil daripada 3 alat yang sangat istimewa. Apakah itu?
1- Mulut.
2- Hidung.
3- Halkum.
Cuba anda tutup mulut anda. Boleh keluarkan bunyi? Tentu boleh.. kerana bunyi itu mungkin dikelurkan daripada hidung atau haklum.
Cuba tutup hidung. Boleh keluarkan bunyi?
Cuba pula tutup mulut dan hidung? Masih boleh keluarkan bunyi? Boleh juga bukan?
Inilah kelebihan yang Allah ciptakan pada manusia. Saya tidak pasti dengan penciptaan haiwan-haiwan. Apakah sistem suara mereka sama seperti kita.
Jika hidung kita selesema, suara kita jadi sengau…
Jika mulut kita ada mata ikan (ulser mulut) atau sakit gigi… kita x mampu keluarkan suara dengan selesa.
Jika batuk, halkum kita tidak dapat hasilkan bunyi yang bermutu.
Sebenarnya persoalan di sini bukan bunyi-bunyi yang tidak ada makna seperti jeritan, la-la-la atau sebagainya. Ketiga -tiga alat di atas merupakan tempat-tempat keluar huruf (makhraj) dan ia juga sudah tentu bersangkutan dengan makhraj. Jika mereka sakit, kita pun tidak dapat bersuara dengan baik.
Maka, jagalah nikmat suara dengan sebaiknya. Jumpa lagi!
(Segala nota, file audio atau file video di sini adalah percuma. Cuma, saya berharap mereka yang membuat link pada Blog saya & juga kepada mereka yang berhasrat menerbitkan semula tulisan saya dapat memaklumkan kepada saya terlebih dahulu, melalui komen atau email pribadi saya azlansenggarang@yahoo.com. Segala proses download di sini atau di www.4shared.com , saya hanya galakkan memaklumkan kepada saya.)
yang benar,
azlan al-hawa
Jenis-Jenis Tarannum April 4, 2008
Posted by alhawa in Teori.
Tags: Al-Quran, Maqam, Ngaji, Sejarah, Tarannum
15 comments
Berikut merupakan jenis-jenis Maqam (di Malaysia=disebut Tarannum) berdasarkan keluarga/ induk dan pecahan-pecahannya.
  1. Ajam – Ajam (عجم), Jiharkah (جهاركاه), Shawq Afza ( شوق افزا atau شوق أفزا)
  2. Sikah – Bastanikar (بسته نكار), Huzam (هزام), Iraq (عراق), Mustaar (مستعار), Rahat El Arwah (راحة الارواح atau راحة الأرواح), Sikah (سيكاه), Sikah Baladi (سيكاه بلدي)
  3. Bayati – Bayatayn (بیاتین), Bayati (بياتي), Bayati Shuri (بياتي شوري), Husseini (حسيني), Nahfat (نهفت), Nawa
  4. Nahawand – Farahfaza (فرحفزا), Nahawand (نهاوند), Nahawand Murassah (نهاوند مرصّع or نهاوند مرصع), Ushaq Masri (عشاق مصري)
  5. Rast – Mahur (ماهور), Nairuz (نوروز), Rast (راست), Suznak (سوزناك), Yakah (يكاه)
  6. Hijaz – Hijaz (حجاز), Hijaz Kar (حجاز كار), Shadd Araban (شد عربان), Shahnaz (شهناز or شاهناز), Suzidil (سوزدل), Zanjaran (زنجران)
  7. Saba – Saba (صبا), Saba Zamzam (صبا زمزم)
  8. Kurd – Kurd (كرد), Hijaz Kar Kurd (حجاز كار كرد)
  9. Nawa Athar – Athar Kurd (أثر كرد), Nawa Athar (نوى أثر or نوى اثر), Nikriz (نكريز)
Walau bagaimanapun, Maqam/ Tarannum yang biasa di Malaysia ialah:
1-Bayati
2-Sobah
3-Sikah
4-Rast
5-Nahawand
6-Jiharkah
7-Hijaz
Memandangkan pada zaman kegemilangan Islam yang lampau, pengaruh kesenian wilayah-wilayah yang diduduki Islam telah menyerap antara satu sama lain. Antaranya ialah Iraq (Baghdad), Parsi, Turki dan Mesir. Kesemua nama-nama negara ini mempengaruhi tamadun kesenian Islam dalam jangka masa yang berbeza.
..bersambung (z.z.z.z ..2.30 a.m)
wassalam
azlan al-hawa
Posted by alhawa in Lain-Lain.
Tags: Al-Quran, Baca, Doa, Hati, Mulia, Tadwir
add a comment
Ya Allah.. jadikanlah kami semua hidup sebagai seorang yang mulia..
memiliki anak-anak yang soleh
isteri yang solehah
lidah yang sentiasa memuji-Mu dan jujur
hati yang sentiasa tenang mengigati-Mu
tangan yang tidak lokek memberi
kaki yang tidak berat ke tempat solat
fikiran yang sentiasa merancang kebaikan..
Ya Allah hidupkanlah kami sebagai seorang yang mulia..
bukan mulia kerana dimuliakan orang yang tidak mulia
tetapi kemuliaan kerana bersama-sama hamba-Mu,
yang Engkau sendiri muliakan.
Amiin

Tarannum

Pengertian Tarannum Al-Quran

Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu tarannum yang membawa maksud berdendang atau menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula menyatakan bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini ialah rannama, yurannimu, tarnim yang membawa maksud “intonation, modulation, recital, chanting, singing and humming” iaitu yang merangkumi maksud intonasi, nyanyian dan bacaan yang baik.

Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses Nada, Rentak dan Irama tertentu.

Nada adalah tingkatan atau tekanan bunyi suara.
Rentak adalah pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.
Irama adalah alunan atau bentuk bunyi.

Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh RasuluLlah SAW. Sabda Baginda:

ما أذن الله لشىء ما أذن لنبى حسن الترنم بالقرأن.
(رواه البخارى)

Maksudnya: "Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”.

Sejarah Tarannum

Rasulullah s.a.w. menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang elok serta diperindahkan lagi (tazyin / tarannum). Kemudian terdapat beberapa orang sahabat yang masyhur sebagai qari-qari yang baik antaranya Abdullah bin Mas’ud RA, Abu Musa Asy’ari dan ramai lagi.

Kemudian pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah bin Qis di Kufah (Tahun 62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari ini.

Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (sima’i), maka Jumhur qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu Rasulullah s.a.w. itu. Ketika zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat berkembang serta mempunyai berbagai aliran (mazhab). Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga membangun serta mempunyai berbagai aliran yang popular antaranya: Misri (Mesir).Hijazi (Mekah dan Madinah), Iraqi, Kurdi (sempadan Iraq dan Turki), ‘Ajami (Iran) dan lain-lain. Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri. Qari-qari Mesir yang muktabar telah mengambil dan mengubah suai tarannum-tarannum atau lebih mereka sebutkan sebagai ilmu maqamat itu dari aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka serta mengarabkannya untuk bacaan Al-Quran.

Perbandingan Aliran Hijazi dan Misri

Aliran Hijazi
• Padang pasir.• Bukit bukau.• Suhu tinggi. Lalu: irama dan rentaknya lincah dan nada suaranya tinggi kehangatan.

Aliran Misri
• Lembah nil.• Subur menghijau.• Suhu sederhana.Lalu: irama dan rentaknya lembut dan suaranya sederhana kemanisan.

Asal Ilham Tarannum

Manusia yang berjiwa seni selalulah mendapat idea-idea dari persekitarannya. Sejak zaman silam, pengaruh bunyi geseran kayu, bunyi tiupan angin, bunyi kicauan burung, bunyi air mengalir dan lain-lain telah mencetuskan idea untuk membuat lagu ataupun di dalam bahasa arab disebut At-Tarannum, Al-Ghina, ataupun ilmu Al-Maqamat.

Hukum Umum Bertarannum

Berdasarkan kaedah fiqhiyyah serta pandangan alim-ulama, bolehlah kita fahami bahawa hukum bertarannum adalah seperti berikut;
1. Fardhu (kifayah) : jika hanya dengan berlagu dapat mengajak masyarakat ingin mendekati Al-Quran.
2. Sunat : jika dengan berlagu boleh membantu kesempurnaan hati.
3. Harus : untuk mengambil keseronokan mendengar alunan yang indah.
4. Makruh : jika dengan berlagu tiada langsung kebaikan keagamaan diperolehi.
5. Haram : jika mahu menunjuk-nunjuk kepada orang yang mendengar atau riyak atau ujub. Atau jika merosakkan hukum-hukum tajwid, meniru-niru lagu keagamaan lain, meniru-niru lagu penyanyi-penyanyi yang hanya melekakan dan lain-lain.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

اقرؤوا القرأن بلحون العرب وأصواتها، وإياكم ولحون أهل الكتابين وأهل الفسق، فإنه سيجئ بعدي قوم يرجعون بالقرأن ترجيع الغناء والرهبانية والنوح. لا يجاوز حناجزهم مفتونة قلوبهم وقلوب من يعجبهم شأنهم.
(رواه الطبرني والبيهق)

Maksudnya: "Bacalah al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah Arab dan jangan sekali-kali menbaca dengan lagu dan suara yang berlahjah keYahudian atau keNasranian. Demikian juga lagu-lagu ahli fasik/penyanyi (Biduan dan Biduanita). Maka sesungguhnya sepeninggalanku nanti, akan muncul satu golongan yang sengaja membaca al-Quran dengan lagu-lagu yang dipopularkan sebagai nyanyian penghibur, pendeta dan perintih yang tiada melampaui khalkum mereka, hati mereka sudah terfitnah, apa lagi hati mereka yang mengkaguminya".

Kata Ibnu Kathir: “Bahawasanya (berlagu) yang dikehendaki mengikut hukum syarak hanyalah mengelokkan suara yang menimbulkan rasa penghayatan (tadabbur), kefahaman, kekhusyukan, kerendahan hati serta memandu kearah ketaatan kepada Allah SWT.”


Falsafah Tarannum

Suatu usaha bernilai tinggi bagi menghubungi rasa hati pembaca dan pendengar kepada keagungan Allah Tuhan Pencipta.


PEMBAHAGIAN ILMU TARANNUM

زينوا القرأن بأصواتكم
(ابو داوود)
Hendaklah kamu menghiasi bacaan (mencantikkan) bacaan Al-Quran dengan suara-suara kamu (dengan mempelbagaikan suara kamu).

Tarannum adalah perhiasan kepada bacaan Al-Quran. Tarannum sangat berkait rapat dengan suara kerana dari suara yang elok dan tersusunlah lahirnya tarannum.

Tarannum secara umumnya terbahagi kepada dua kategori:
a). Tarannum bit Tahqiq – Tarannum yang dibaca dengan kadar tahqiq menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh Qari-qari mesir muktabar seperti Syeikh Abdul Basit Abdul Samad dan lain-lain. Kategori ini digunapakai di dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
b). Tarannum bit Tadwir – Tarannum yang dibaca dengan kadar Tadwir menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh oleh Imam-imam Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah seperti Fadhilatud Duktur Abdur Rahman bin Abdul Aziz Al-sudais dan lain-lain.

ASAS ALIRAN TARANNUM

Aliran tarannum Hijazi popular di dunia Islam sebelum tahun 1940-an. Lagu-lagu asas mereka boleh diketahui dengan kata-kata “Bihumurin jasad”

1. Banjakah.
2. Husaini.
3. Mayyah.
4. Rakbi.
5. Jiharkah.
6. Sikah.
7. Dukah.

Selain itu terdapat pula lagu-lagu cabang seperti Ruma, Ushshak. Sun’ani, Yaman Hijaz, Hirab dan lain-lain.

Asas Tarannum Aliran Misri

Selepas tahun 1940-an hingga ke hari ini, aliran tarannum Misri pulalah yang popular. Tarannum asas aliran Misri ialah:

1. Bayyati.
2. Soba.
3. Hijaz.
4. Nahawand.
5. Rast.
6. Sikah.
7. Jiharkah.

Selanjutnya terdapat pula tarannum-tarannum seperti Husaini, Huzam, Farahfaza, Shad, Nawa Athar, Rahat El Arwah dan lain-lain yang kini dianggap sebagai lagu-lagu cabang (furu).

Terdapat tarannum-tarannum yang bersamaan nama di dalam aliran Hijazi dan aliran Misri, malah terdapat juga tarannum Misri yang diberi nama Hijaz. Ini menunjukkan keterbukaan dan keilmuan qari-qari Mesir dalam mengambil, mengubahsuai dan memperbaharui kearah mencantikkan lagi tarannum-tarannum sesuai dengan suasana, peredaran zaman dan citarasa terkini, tetapi tidaklah sampai menghilangkan identiti asal dan yang paling utama, keutuhan tarannum bil Quran yang berlahjah arab.

Untuk bertarannum, para Qari semestilah mengenali beberapa komponan penting untuk mengarabkan bacaan mereka .

2.3.1 Harkat (suatu alunan irama yang mengandungi beberapa qit’ah dan satu mahattah).

2.3.2 Qit’ah (suatu alunan irama pendek tanpa mahattah).

2.3.3 Burdah asli dan sina’i (bunga-bunga suara yang terjadi dengan sendirinya dan yang digubah).

2.3.4 Mahattah (suatu bentuk atau gaya penghujung harkat yang sempurna).

2.3.5 Salalim su’ud dan nuzul (suara mendaki dan menurun – mengikut ilmu tangga-tangga suara ).

2.3.6 Ihtilal al-lahn (kemahiran mencondongkan suara).

2.3.7 Wuslah al-mumathalah (kemahiran menggabungkan alunan beberapa tarannum yang sesuai di dalam satu harkat).

FALSAFAH TARANNUM BIL-QURAN

Melagukan bacaan al-Quran adalah satu usaha ke arah pencapaian amalan membaca al-Quran yang bernilai tinggi bagi menhubungkan rasa hati pembaca dengan pendengar kepada keagungan Allah S.W.T. Bertarannum tanpa memahami falsafahnya adalah satu penyelewengan. Antara Falsafah tarannum ialah:

1. Untuk menghormati status al-Quran sebagai wahyu yang paling agung. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “diturunkan al-Quran itu dengan penuh kebesaran dan kehormatan”. (Riwayat Muslim)

2. Untuk menambahkan kekusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar terhadap ayat-ayat al-Quran sebagaimana firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Mereka segera menundukkan muka sambil menangis sedangkan al-quran itu boleh menambahkan kekusyukan dan keinsafan”. (Surah al-Isra’:ayat 109)

3. Untuk mendapat rahmat Allah SWT. Firman Allah Ta’ala bermaksud: “Dan apabila al-Quran di baca hendaklah kamu mendengarnya dan diam (untuk memerhati dan dengar bacaannya) semoga kamu beroleh rahmat Allah Ta’ala”. (Surah al-A’raf:ayat 204).

4. Untuk menambah keunikan seni bacaan al-Quran itu, seperti sabda Rasulullah SAW: “ Perelokkan bacaan al-Quran itu dengan keelokan suara kamu. Sesungguhnya dengan suara yang elok sahaja mampu menambahkan keindahan seni al-Quran”.


JENIS-JENIS TARANNUM SECARA RINGKAS

TARANNUM BAYYATI

Perkataan bayyati adalah dari bahasa Arab yang bererti rumah atau tempat kediaman.

Sifat Tarannum Al-Bayyati

• Lembut disamping tegas.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.
• Harmoni.
• Berunsur ketenangan.

Peranan Tarannum Al-Bayyati

• Memantapkan persembahan.
• Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.
• Pengukuran kepada tarannum sesudahnya.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM SOBA

Bermaksud rindu. dipopularkan kini oleh qari mesir

Sifat Tarannum Soba

• Gerak ringan meresap jiwa.
• Alunan lembut yang mendayu.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.
• Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya.

Peranan Tarannum Soba

• Menenangkan persembahan.
• Membawa kekhusyukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM HIJAZ

Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu cabang pelopor tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh Qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Hijaz

• Gerak lambat tapi berkesan.
• Ketegasan pendorong semangat.
• Kelincahan menghidupkan persembahan.
• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
• Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah.
Peranan Tarannum Hijaz.

• Memberi semangat kepada persembahan.
• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
• Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya.
• Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM NAHWAND

Nahwand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran). Tetapi kini tarannum nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Nahwand

• Gerak ringan yang berkesan.
• Kelembutan bersopan.
• Sederhana memikat jiwa.
• Kehalusan seni.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Nahawand

• Melembutkan bacaan.
• Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.
• Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM RAST

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini tarannum rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Rast

• Gerak lembut disamping ketegasan.
• Kelembutan alunan.
• Lincah menyemarakkan.
• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
• Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat.

Peranan Tarannum Rast

• Memberi semangat kepada persembahan.
• Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya.
• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM SIKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Sikah

• Gerak lambat meyakinkan.
• Kelembutan menusuk kalbu.
• Berciri kesedihan dan kerintihan.
• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

Peranan Tarannum Sikah

• Melembutkan persembahan.
• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
• Membawa kekhusukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM JIHARKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Jiharkah

• Gerak ringan yang berkesan.
• Kelembutan menusuk kalbu.
• Harmoni.
• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Jiharkah

• Menenangkan ketegangan persembahan.
• Melembutkan persembahan.
• Membawa kekhusukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.


PENGENALAN TARANNUM DI MALAYSIA

Qari-qari dari Malaysia masa kini telah mempopularkan bacaan al-Quran dengan tarannum yang disusun seperti berikut:

1. Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast.
2. Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast dan Sikah.
3. Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jaharkah.
4. Bayyati, Soba, Nahwand, Rast dan Sikah.
5. Bayyati, Iraqi, Hijaz, Sikah dan Rast.

50% daripada qari di Malaysia membaca dengan bahagian (1) dan (2), 30% pula membaca dengan bacaan mengikut turutan (3), 15% lagi membaca dengan bahagian (4) dan 5% lagi membaca dengan bacaan mengikut turutan (5).

Namun mengikut seorang pakar tarannum di Malaysia, Hj Nik Jaafar bin Nik Ismail; susunan lagu-lagu yang popular di Malaysia ialah
1. Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast.
2. Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast dan Sikah.
3. Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jaharkah.
Bagi lagu-lagu lain hanya sebagai selingan sahaja.


Dipetik dari http://lebaiyusri.blogspot.com/2009/12/tarannum-al-quran-pada-satu-petang-saya.html

RUJUKAN

Husain Unang, 2005, Qamus al-Tullab, Kuala Lumpur: Darul Fikir, hlm 289.

Ruuhi al-Balbaki, 2000, al-Mawrid, Beirut: Dar al-Ilm li al-Maliyin, hlm 310.
Che Yahya Daud, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 7.


Syeikh Fatihi Hassan Maliji (2007), Tarannum Arabiah Misriah Muktabar, Kota Bharu: Pustaka Aman Press, hlm 23.
Hassan al-Shukri bin Abdullah, 2008, Pengenalan Asas Tarannum, Kursus Sijil Tinggi Pengajian Tarannum, Darul Quran:Kuala Kubu, hlm. 5
Che Yahya Daud, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 7.

Ustaz Faizan Haji Tajuid, Johan Qari Majlis Tilawah al-Quran Negeri Perak tahun 2008 dan 2009, Temubual, 1 November 2009.

Hj. Nik Ja’far Bin Nik Ismail, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 7.

Radzi Kamarul Hailan, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 2-7.


Pemantapan Tarannum Al-Quran

PENGENALAN

Mukjizat teragung anugerah Allah Azzawa jalla yang diwahyukan kepada junjungan besar nabi kita, nabi Muhammmad SAW bukan sekadar dipelajari dari sudut hukum-hukum tajwid dan tafsir sahaja, bahkan ia dituntut agar dialunkan secara bertarannum. Alunan tarannum Al-Quran tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian lain, bahkan tidak sama dengan lagu penglipur lara, syair, qasidah dan nasyid. Tidak ada kitab-kitab agama lain yang mengalunkan alunan tarannum seindah bacaan Al-Quran, kerana tarannum Al-Quran mempunyai kaedah dan prinsip hukum-hukum bacaan yang sesuai dengan kehendak ilmu tajwid dan fasohah Al-Quran.
Justeru, penulisan ini berusaha untuk mengupas kaedah-kaedah penyusunan tarannum yang berkesan dan membicarakan berkaitan pengukuhan dan pemantapan persembahan bacaan Tarannum Bil Quran dengan sempurna. Kertas kerja ini juga cuba menggabungjalinkan perkaitan tajuk ini dengan penguasaan seseorang qari terhadap ilmu tajwid, fasohah dan tartil dalam pembacaan, serta keelokan suara (tahsin al-saut) dalam kemahiran bertarannum. Pentadabburan uslub-uslub Al-Quran melalui cabang ilmu ini diharapkan mencapai wawasan dunia dan akhirat sehingga segala maksud dapat difahami dan dihadamkan pada akal, hati, roh serta dapat beramal dengannya.

PENGERTIAN TARANNUM

Tarannum merupakan suatu ilmu atau suatu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan, khususnya didalam bidang ilmu pembacaan Al-Quran.
Istilah “Tarannum”, “al-Maqaamat”, “al-Han” dan “al-Ghina”di sebut seiring dalam ilmu seni suara. Sebutan “Tarannum” dan “Maqamat” agak sinonim dan sering diguna pakai dalam ilmu seni pembacaan al-Quran. Istilah “Tarannum bi al-Quran” yang dipopularkan penggunaannya dan difahami oleh kebanyakan masyarakat di Nusantara, menunjukkan wujud hubungan erat dengan seni memperelokkan suara dalam pembacaan ayat-ayat suci al-Quran .

KELEBIHAN DAN KEPENTINGAN BERTARANNUM

Banyak hadith yang menggesa umat Islam membaca al-Quran dengan berlagu, antaranya ialah:
1. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
عن أبى هريرة رضى الله عنه أنه كان يقول : قال رسوالله (ص) : لم يأذن الله بشئ أذن لبني أن يتغني بالقرءان.
2. Rasulullah s.a.w bersabda:
ليس منا من لم يتغن بالقرءان

Ertinya: Bukan dari kalangan kami mereka yang tidak mahu melagukan dengan bacaan Al-Quran.

3. Ibn Bathal menceritakan bahawa galakan membaca al-Quran secara berlagu itu disokong oleh hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdul Alla dari Muammar dari Ibn Syihab yang berbunyi :
ما أذن لنبى فى الترنم فى القرءان

Dengan adanya qari-qari yang membaca al-quran secara berlagu dapat menambahkan lagi keseniaan dan keelokan membaca al-quran. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:
حسنوا القرأن بأصواتكم فإن الصوت الحسن يزيد القرأن حسنا.
Maksudnya:
“Perelokkanlah bacaan al-quran dengan suara kamu kerana suara yang elok itu lebih menambahkan keelokan al-Quran.”

Imam al-Tabari menjelaskan bahawa tarannum atau lagu itu tidak berlaku kecuali dengan suara yang membolehkan qari memperelok dan mengalunkan suaranya ketika membaca al-Quran.
Manakala Imam Ahmad bin Ali bin Hajar Al-Asqalani menerangkan dalam kitabnya “Fadhail al-Quran”, bahawa membaca al-Quran secara berlagu sesuai dengan kehendak jiwa dan selaras dengan bentuk ragam ayat al-Quran itu sendiri.
Adalah difahamkan dari beberapa hadis sahih, bahawa sejarah tarannum bi al-Quran bermula sejak penurunan wahyu pertama di Gua Hira’ dan Rasulullah s.a.w sendiri membaca Al-Quran dengan baik,cantik dan elok. Baginda pernah menyuruh umatnya supaya membaca Al-Quran dengan bertaranum, bertazyin (kaedah bertarannum) dan bertahsin (kaedah mengelokkan suara).

3. KAITAN TAJWID, FASOHAH, TARANNUM DAN SUARA

Zaid bin Thabit RA telah menyebutkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyukai seseorang membacakan Al-Quran itu sebagaimana ia diturunkan. Menurut hukum, bahawa membaca Al-Quran secara bertajwid itu adalah wajib dan diberi pahala bagi pembacaanya, manakala pembacaan tanpa tajwid secara bacaan yang salah adalah berdosa.

Setelah mendalami ilmu tajwid, secara tidak langsung pembacaan ayat Al-Quran akan menjadi lebih jelas, sempurna dan fasih mengikut lahjah-lahjah Arabiah dan lahjah Quraniah yang ditetapkan dalam bidang fasohah sekaligus akan menyelaraskan rentak-rentak (tartil, tadwir, tahdir) yang menjadi sebahagian dari fasohah.
Setelah bidang fasohah dikuasai, nescaya seseorang itu akan dapat melagukan bacaan ayat Al-Quran mengikut kaedah suara yang dipelbagaikan bunyinya mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan, khususnya bacaan Al-Quran.

Imam al-Ghazali menyatakan bahawa pembaca al-quran yang baik itu bukan saja lidahnya menyebut kalimah-kalimah al-quran dengan betul, bahkan akalnya juga mentadabburkan makna dan memahami pengertiannya, sementara perasaannya turut sama menghayati tuntutan al-quran tersebut dan jiwanya khusyuk kepada Allah Taala. .

PERSEMBAHAN TARANNUM YANG BERKESAN

Pembacaan yang mantap dan persembahan tarannum yang berkesan sangat diimpikan oleh seorang qari dan qariah serta pencinta seni al-Quran.Pakar-pakar tarannum di dalam dan luar negara sentiasa berusaha menggembelingkan tenaga ke arah pemantapan seni tarannum al-quran agar ia dialunkan menepati kehendak bacaan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW , para sahabat dan tabi’en serta generasi selepasNya.
Kaedah talaqqi dan musyafahah daripada guru yang mutqin dan mahir adalah merupakan kaedah pertama dan utama untuk menyebarkan pembacaan Kalam Allah walaupun dewasa kini kita dibanjiri oleh ledakan kemajuan ICT . Ia tidak boleh menggantikan guru dalam memberi tunjuk ajar yang berkesan.
Dalam usaha memantapkan pembelajaran dan penguasaan tarannum tidak boleh menolak secara total terhadap segala inisiatif yang lebih moden dalam pengajaran al-Quran melalui media elektronik. Rancangan Mari Bertarannum yang disiarkan di tv9 merupakan salah satu daripada usaha murni untuk mendidik generasi cilik cara mengasah bakat membaca al-Quran dengan alunan tarannum yang pelbagai. Lebih istimewa lagi apabila proses mentahsinkan suara diajar dengan latihan vocal .
Tuan Hj. Nik Jaafar bin Nik Ismail, seorang pakar tarannum terkemuka tanah air menggariskan beberapa perkara penting mesti difahami oleh seseorang qari dalam usaha mencapai tahap penguasaan tarannum yang berkesan. Perkara-perkara penting tersebut ialah sebagaimana berikut ;

1. Memahami ilmu- ilmu Tahsin al-Saut (memperelokkan suara), ilmu tajwid, ilmu ketartilan bacaan, fasohah dan ilmu tarannum.
Memperelokkan suara dalam pembacaan al-Quran mempunyai kaitan yang amat rapat dalam penguasaan tarannum yang mantap. Seseorang qari mesti mengenal sifat-sifat suara yang dimiliki bagi menyesuaikan tobaqat qarar, nawa, jawab dan jawabul jawab. Persembahan tarannum yang berkesan dan mantap akan lebih terserlah jika suara dialunkan menepati kesemua tingkatan-tingkatan suara tersebut termasuklah tobaqat suara yang paling tinggi iaitu suara mustar atau otak.
Pembacaan al-Quran secara bertajwid adalah fardu ain bagi setiap orang Islam terutamanya seorang qari atau qariah. Seseorang qari semestinya mendalami ilmu tajwid demi memelihara lidah dari kesalahan jaliy dan khafiy semasa membaca kalam Allah. Ia juga bertujuan menyelamatkan seorang qari daripada tersasar dalam menyebut makharij al-huruf dan sifat-sifatnya.

Imam Ibnu Jazari menyatakan dalam puisi kitabnya :

والأخذ بالتجويد حتم لازم من لا يجود القرءان ءاثم
Maksudnya: Mengamalkan tajwid itu suatu kewajipan , kerana berdosa tidak memperelokkan bacaan.

Kemampuan membaca Al-Quran dengan tartil dan fasih adalah tidak kurang pentingnya bagi seseorang qari. Ketartilan pada setiap persembahan amat dititikberatkan bagi memenuhi piawaian tilawah yang berkualiti tinggi sehingga memberi keinsafan kepada pembaca dan pendengar dalam menghayati maksud ayat ,bahkan ia adalah tuntutan daripada Allah SWT sebagaimana firman Nya:

﴿ وَرَتِّلِ القُرءَانَ تَرتِيلاً ﴾
Maksudnya: “Bacalah Al-Quran itu dengan tartil. ”

) اِقرَاهُ عَلىَ تَمَهُّلٍ فَاِنَّهُ يَكُونُ عَونًا عَلَى فَهمِ القُرآنِ وَتَدَبُّرِهِ (
Maksudnya: “Bacalah dengan perlahan dan hati-hati kerana hal itu akan membantu pemahaman serta tadabbur terhadap Al-Quran.”

Ulama’ telah bersepakat bahawa ayat ini merupakan dasar pokok yang memerintahkan Al-Quran dibaca dengan berhati-hati sehingga baik pengucapannya serta memenuhi ketentuan hukum bacaan, perintah mana yang mengandungi hukum wajib.
Ironinya, keempat-empat cabang ilmu ini amat berkait rapat di antara satu sama lain yang melahirkan kombinasi korikulum bersepadu yang mantap. Hasilnya tergubal sistem pemarkahan dan penghakiman tilawah al-quran di Malaysia bagi menilai setiap kategori ini secara sistemetik demi memartabatkan persembahan tarannum yang berkualiti tinggi sesuai dengan kemuliaan mukjizat terunggul.

2. Memahami Fungsi Tarannum Bi al-Quran.
Setiap tarannum mempunyai fungsinya yang tersendiri, ianya terbahagi kepada dua kategori bagaimana berikut:-
1. Tarannum-tarannum yang berfungsi dengan sendiri tanpa bergantung kepada tarannum lain iaitu seperti tarannum Bayati, tarannum Husaini, tarannum Kurdi, tarannum Saba, tarannum Hijaz, tarannum Nahwand, tarannum Rast, tarannum Sikah, dan tarannum Jiharkah.
2. Tarannum-tarannum yang kurang berfungsi dengan sendiri tetapi lebih sesuai menumpang lain-lain tarannum seperti tarannum Iraqi, tarannum ‘Ajami, tarannum Nawa asar atau tarannum ‘Ushaq dan tarannum Syuri.
Tarannum tersebut kurang popular, hanya dapat diminati dan dihayati oleh qari-qari yang mempunyai kepakaran sahaja seperti As-Sheikh Muhammad Rifa’t, As-Sheikh Taha Af-Fashni, As-Sheikh Mustafa Ismail dan sebagainya, kerana ia lebih berfungsi sebagai tarannum selingan atau sebagai wuslah kepada mana-mana persembahan bacaan untuk menambahkan kecanggihan tarannum.


MEMAHAMI CARA PENGHAKIMAN TILAWAH AL-QURAN

Bagi melahirkan penguasaan tarannum yang berkesan, seseorang qari juga perlu mengetahui kaedah penilaian dan perkara-perkara yang dititikberatkan oleh jemaah hakim semasa penghakiman. Ia adalah sebagaimana berikut.
Markah-markah dibahagikan seperti berikut:

a) Tajwid - 40 markah
b) Lagu - 25 markah
c) Suara - 15 markah
d) Fasohah - 20 markah

 Tajwid (40 markah)

i. Menjaga segala hukum tajwid dengan sempurna terutama mengenai perkara-perkara yang dihuraikan selanjutnya.
ii. Menyebut dengan betul setiap makhraj huruf seperti: sod (ص), dod (ض), to(ط), zo (ظ), fa’(ف), qafق) (dari segi tebal dan nipisnya.
iii. Menjaga hukum-hukum tarqiq dan tafkhim terutama pada huruf lamل) ( dan ra’ر)).
iv. Mad Asli (Mad Tabi’i) dan Mad Badal tetap dengan kadar panjang 2 harkat.
v. Pada Mad Munfasil boleh dibaca dengan 2 atau 4 atau 5 harakat.Setiap pembaca boleh memilih salah satu daripada wajah yang empat itu. Sekiranya ia memilih salah satu daripadanya hendaklah ia meneruskan bacaannya di atas wajah itu tanpa berpindah ke wajah yang lain. Sekiranya terdapat dalam suatu ayat 2 Mad Munfasil atau lebih maka hendaklah disamakan kadar panjang mad itu, iaitu jika dibaca dengan 2 harakat pada mad Munfasil pertama, maka hendaklah dibaca dengan 2 harakat juga pada Mad Munfasil kedua, demikian seterusnya. Pada Mad Muttasil bolehlah dibaca dengan kadar panjang 4 harakat atau 5 harakat atau 6 harakat ketika waqaf.
vi. Mad Lazim Kalimi dan Harfi Muthaqqal begitu juga Mad Istifham hendaklah panjang bacaannya dengan kadar 6 harakat.
vii. Mad Arid dibaca dengan kadar 2 atau 4 atau 6 harakat ketika waqaf sahaja.
viii. Mad Silah hendaklah dibaca dengan kadar panjang 2 harakat. Tetapi sekiranya selepas Mad Silah terdapat sebab (yakni Hamzah) hendaklah dibaca dengan Qasar, Tawassut dan Isyba’. Dengan itu ia termasuk di dalam bab Mad Munfasil.
ix. Ghunnah dibaca dengan kadar 2 harkat sama ada ia di dalam keadaan waqaf atau wasal.
x. Bagi musabaqah peringkat kebangsaan riwayat yang dijadikan asas pegangan ialah Riwayat Hafas.

 Tarannum (25 markah)

i. Menggunakan maqam-maqam Arab (irama lagu Arab) dengan sekurang-kurangnya empat jenis lagu di dalam satu-satu bacaan, tanpa mengira lagu apa yang dimulakan.
ii. Setiap lagu (maqam atau nughmah) hendaklah disempurnakan secara teratur dan beransur-ansur (tadriji) sekurang-kurangnya empat harakat.
iii. Setiap lagu (maqam atau nughmah) hendaklah dibawa dalam tiga tingkatan (tobaqat) suara, iaitu rendah, sederhana dan tinggi.
iv. Lagu (maqam) yang dibawa pada ayat yang akhir hendaklah sama dengan lagu yang dibawa pada ayat pertama.
Peringatan:
Lagu yang dianggap istimewa ialah lagu yang mengandungi ciri-ciri berikut:
i. Setiap lagu yang dibawa mengandungi lebih dari empat harakat yang teratur dan tersusun.
ii. Sesuatu lagu dianggap teristimewa sekiranya lagu itu mempunyai unsur tersendiri tanpa meniru sepenuhnya bacaaan qari yang masyhur.
iii. Dapat menyesuaikan lagu dengan kehendak makna ayat tanpa lari dari kaedah tajwid dan usul.
iv. Membawa bunga-bunga lagu yang menarik.
v. Dapat mengawal lagu sepenuhnya ketika nyaring dan perlahan (tinggi, rendah, dan sederhana).
vi. Menambah lagi beberapa lagu lain selain daripada lagu-lagu wajib, dengan tidak melebihi tempoh bacaan yang ditentukan.
vii. Menggunakan empat (nughmah) di dalam bacaan.

 Suara (15 markah):
i. Bersih (kebersihan suara).
ii. Licin dan lancar (kelicinan suara).
iii. Terang, nyata dan lantang (suara yang keluar dengan nyata dan jelas serta lantang).
iv. Suara yang tidak berubah-ubah dari mula bacaan hingga ke akhirnya disebabkan tekanan suara turun naik semasa tengah membaca.

Peringatan:
Suara yang dianggap istimewa ialah suara yang mempunyai ciri-ciri berikut:
a) Suara yang indah merdu dan dapat menghidupkan renik-renik suara.
b) Suara yang licin dan lembut serta terang dan jelas semasa tekanan suara tinggi, rendah dan sederhana.
c) Penyesuaian suara: suara lelaki hendaklah sesuai dengan sifat-sifat kelelakiannya dan suara wanita sesuai dengan unsur-unsur kewanitaannya.
d) Dapat mengawal suara hingga kepada tiga tingkatan (tobaqat ).
e) Dapat mengawal dengan sepenuhnya alunan suara masa nyaring dan masa perlahan.
f) Suara bergerak dan hidup.

 Fasohah (20 markah):
Kesempurnaan fasahah tercapai dengan perkara-perkara berikut:
i. Cermat dan halus dalam bacaaan serta fasih dalam sebutan.
ii. Lancar menyebut perkataan-perkataan dan ayat-ayat.
iii. Terpelihara segala harkah (baris) dan tasydid.
iv. Betul melakukan tempat waqaf dan ibtida’ termasuk Jibril dan Nabawi.
v. Bacaan menurut lahjah Arab Fasaha.
vi. Bacaan sederhana tidak terlalu cepat atau terlalu lambat.

Berpandukan tulisan Tuan Hj. Nik Jaafar bin Nik Ismail, keempat-empat bidang ilmu ini dihuraikan dengan panjang lebar bagi seseorang qari dan pencinta seni tarannum al-Quran agar dapat difahami secara mendalam dan mempraktikkan dalam persembahan tarannum .


PENYUSUNAN TARANNUM YANG BERKESAN
Untuk menyusun tarannum yang hendak dipersembahkan perlulah diambil kira perkara-perkara berikut:-
1. Hendaklah terlebih dahulu memilih jenis-jenis tarannum yang bersesuaian.
Contohnya : Tarannum Bayati dan Husaini.
1.1 Sifat-sifat Tarannum Bayati
 Tarannum Bayati ini mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifatnya yang tersendiri, iaitu :
 Mempunyai gerak lembut dan tegas.
 Sesuai dengan tabi’i rendah dan sederhana.
 Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.

1.2 Peranan Harakat Bayati
 Untuk mempelbagaikan corak dan bunyi.
 Untuk memberi tenaga dan peningkatan yang sesuai.
 Untuk memberi pengukuran kepada lagu yang akan dibaca seterusnya.
Lagu-lagu Bayati ini amat menarik dengan sifatnya yang halus dan lembut, sesuai dengan keadaan orang-orang Mesir yang berada di Lembah Nil. Peranannya dapat menenangkan jiwa orang yang mendengarnya.
1.3 Sifat Tarannum Husaini

 Mempunyai gerak cergas dan tegas.
 Mempunyai kesesuaian dengan tabaqah yang lebih tinggi
1.4 Peranan Tarannum Husaini
Tarannum Husaini mempunyai peranannya yang tertentu iaitu:
 Memberi tenaga kepada persembahan bacaan yang agak lembab dan lemah.
 Menjadi penggerak semangat kepada harakat-harakat yang berikut.
 Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.

1.5 Mengenal Harakat Husaini :

 Harakat Husaini biasanya bersambung kepada harakat Bayati.
 Harakat Husaini diwasalkan kepada harakat Bayati.
 Harakat Husaini juga boleh dibaca dan disusun secara berasingan.

2. Penukaran satu tarannum kepada satu tarannum yang lain, hendaklah cermat dan canggih, termasuklah sistem wuslah dan sebagainya.
3. Penyusunan dari satu tarannum kepada satu tarannum yang lain hendaklah dipertingkatkan kecermatannya, kehangatannya, kecanggihannya dan sebagainya.
4. Tarannum penutup hendaklah sama dengan tarannum permulaan.

MENGENAL KATEGORI TARANNUM AL-QURAN
Setiap tarannum mempunyai kategorinya yang tertentu sepertimana berikut:-
1. Kategori lembut seperti tarannum Jiharkah, Iraqi, Nahwand dan Saba.
2. Kategori sederhana seperti tarannum Bayati, Husaini, Rast, Sikah, ‘Usshaq dan Syuri.
3. Kategori keras dan tegas seperti tarannum ‘Ajami, Hijjaz dan Kurdi.
Jika seseorang qari mengenal kategori tersebut, ia boleh membantu menyenangkan penyusunan tarannum ke dalam suatu persembahan dengan lebih tepat dan lebih berkesan lagi.

PENYUSUNAN HARAKAT LAGU YANG BERKESAN
Harakat-harakat tarannum itu hendaklah disusun secara sistematik supaya persembahan lebih berkesan. Antara teknik penyusunan yang digunakan ialah:-
1. Harakat-harakat yang dialunkan adalah cermat, mempunyai ciri menghangatkan persembahan serta menggunakan harakat yang canggih.
2. Harakat yang dihiasi dengan alunan lahjah arab dan gabungan lagu-lagu cabang serta gerak suara pelbagai seperti gaya Iraqi, Kurdi dan Syuri, nakriz, bustanjar, kuflah mahur, usysyaq, zinjiran dan mayyah.
3. Harakat yang dihiasi dengan wuslah iaitu gabungan dua bunyi atau lebih dari mana-mana angin lagu dalam satu harakat.
4. Harakat yang mempunyai salalim, iaitu harakat-harakat yang dialunkan mengikut sistem tangga menurun atau menaik.
5. Harakat yang mempunyai Ikhtilalulahni, iaitu harakat-harakat yang dialunkan dengan nada suara yang disumbangkan sama ada secara menurun atau mendaki.
Harakat-harakat tersebut perlu disusun secara sistematik dan menarik. Persembahan yang tidak menepati teknik-teknik di atas akan menyebabkan kecacatan dan melencong dari sasaran sebenar yang akan dicapai. Latih tubi yang berterusan dengan cara talaqqi dan musyafahah akan memberi keberkesanan mendalam terhadap satu-satu persembahan bacaan.

PENGUKUHAN DAN PEMANTAPAN PERSEMBAHAN TARANNUM

Seorang sarjana dalam bidang Al-quran telah menampilkan lima tahap proses pembelajaran secara berskala untuk memantapkan penguasaan persembahan tarannum secara berkesan dan sempurna, sebagaimana berikut ;

ASPEK TARANNUM
Tahap 1 : Proses mengenal tujuh alunan tarannum dengan konkrit dan berkonsisten, tanpa timbul lagi perasaan ragu-ragu terhadap bunyi atau melodi tarannum tersebut.

Tahap 2 : Proses memasang lagu-lagu tarannum dengan teratur dan tersusun mengikut keutamaan berdasarkan kepada teknik pengolahan, pengurusan, perimbangan dan lain-lain.

ASPEK SUARA

Tahap 3 : Proses membetulkan cara pengendalian, pengurusan, pengolahan suara serta kedudukan suara yang tepat pada bacaan dan juga sebutan huruf.

ASPEK TARANNUM DAN SUARA (GABUNGAN)
Tahap 4 : Proses menyambung lagu-lagu tarannum usul dengan furu', malakukan gerak sumbang suara, kemahiran membuat qitaah, menyusun burdah sama ada burdah kasar atau halus, jarang atau kerap, mempelbagaikan gaya dan alunan dalam sesebuah jumlah harakat dan melatih bacaan berlahjahkan arabiah.

Tahap 5 : Ialah proses membentuk bacaan yang lembut, cergas, tegas dan sempurna dari awal hingga akhir.

Oleh kerana itu, seseorang yang ingin belajar tarannum dengan berkesan, mestilah melalui 5 tahap yang disebutkan dan melalui latihan yang berterusan.

TEKNIK PEMBAYANG LAGU ATAU MAQAM TARANNUM
Mohd Ali bin Abu Bakar (1997 ) mengemukakan teknik pengukuhan persembahan tarannum dengan mengggunakan seni kata pembayang daripada syair-syair arab. Haji Qasim bin Haji Ahmad,qari dari Kedah telah menyusun panduan bertarannum menggunakan seni kata nasyid,berzanji dan marhaban sebagai pembayang untuk diterapkan dalam persembahan. Seseorang qari akan cuba menghayati irama, rentak dan nada berbantukan bait-bait syair ini untuk diterapkan dalam persembahan tarannum tertentu. Di antara bait-bait tersebut yang ialah :
1. Maqam tarannum nahawand

بيد العفى فى أقول عن حجابى # وبغفلات اسمو على أشرابى
وبفكرات وقادات وقريحات # وقادات قد كملت أثابى
2. Maqam Tarannum Rast
يا رب قد فسد الزمان فنجنى
يا رب قلت حيلتى فتولنى
يا رب من كل الصائب عفينى
يا رب قد عجز الطبيب قد اويني
بحق لطفك شفينى يا شافى

3. Maqam Tarannum Hijaz

يا رحمة الله إنى خائق وجل # يا رحمة الله إنى مقلس عالى
وليس لىعمل ألقى العليم به محبتك العظمى وإيمانى

4. Maqam Taranum Sikah)
صلى من أشكر رامن # يا نورا النجود يا محمد
وأرى والعمر واللاء # جاد بالوصل جاد

PEMANTAPAN LAGU CABANG

Seorang qari yang mahir dalam selok belok lagu dan tarannum bukan sahaja dapat mempersembahkan lagu asas mengikut rentak dan irama tertentu, tetapi mampu menguasai lagu-lagu cabang. Menurut Tuan Hj. Nik Jaafar bin Nik Ismail , terdapat lebih tiga ratus cabang lagu lain yang boleh diselitkan dalam persembahan lagu asas.
Mohd Ali bin Abu Bakar(1997) cuba menyusun bai-bait seni kata pembayang bagi maqam lagu Nkris dan Usysyaq sebagaimana berikut.
(1) Maqam Lagu Nakriz
Cawangan dari lagu nahwand
يناك بحر عتئ البيان # فهلل وبشر بدين الإله
نبي الهدى أنت نبع الضياء # نبي الهدى أنت سيف السماء


(2) Maqam Lagu Usyshaq
Dari lagu nahawand
محمد يا فرحة العلمين # محمدا يا كوكب الائرين
ضللنا فهات الهدى واليقين # وأشرق فإنا غدونا سكارى
وصلينى ربنا وسلمن على محمد # جاءنا مبشرا بالعلى
والتبعين لهم أولى الهى الكرماء.

KAEDAH LATIH TUBI YANG BERTERUSAN

Dalam usaha memantapkan suatu persembahan taraannum, seorang qari perlu menjalani latihan-latihan berterusan mengikut potongan ayat atau surah yang pelbagai. Latih tubi tersebut perlu mengambil kira perkara-perkara berikut :
1- Latihan mempersembahkan bacaan pada ayat-ayat pilihan ujian tilawah dengan mempraktikkan ke semua jenis lagu dan dihiasi dengan wuslah al-mumathalah, ikhtilal al-lahn, salalim nuzul dan su’ud serta mahattah yang canggih .
2- Latihan mempersembahkan bacaan pada ayat-ayat yang dimulakan dengan huruf muqatho’ah dan diwakafkan dengan Mad Asli atau Mad Far‘i menerusi susunan lagu yang pelbagai.
3- Latihan mempersembahkan bacaan pada ayat-ayat yang diwakafkan dengan Ta Marbutoh menerusi susunan Bayati, Saba, Hijjaz, Nahwand dan Rast.
4- Latihan mempersembahkan bacaan pada ayat-ayat yang mengandungi bacaan khusus bagi riwayat Hafs seperti bacaan imalah, tashil dan ibdal, isymam dan ikhtilas ,saktah, bacaan naqal dan silah .
5- Latihan mempersembahkan bacaan pada ayat-ayat yang mengandungi Mad Lazim Kalimi Muthaqqal, Harfi Muthaqqal serta Mad Istifham yang memerlukan kadar panjang bacaannya dengan 6 harakat.

Latihan-latihan pengukuhan dan pemantapan seperti ini diharapkan dapat memberikan natijah yang terbaik bagi setiap qari dan qariah demi melahirkan generasi quranik yang berkualiti tinggi, mahir dari sudut tajwid dan fasohah, memiliki nafas yang panjang dan mampu mengalunkan alunan suara berlahjah Arab.

Kesimpulan

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan bahawa seseorang qari yang berhasrat menguasai persembahan tarannum al-Quran yang berkesan sewajarnya menitikberatkan beberapa perkara berikut :

1- Berusaha sedaya upaya untuk memnguasai kaedah sebutan kalimah-kalimah dan mahir menggabungkan kalimah tersebut dalam potongan ayat al-Quran mengikut lahjah Arab.
2- Mendalami ilmu tatabahasa Arab dan merujuk guru-guru yang memahami bahasa al-Quran supaya menepati kehendak bacaan pada wakaf dan ibtida’.
3- Menerapkan tarannum yang sesuai dengan pengisian harakat yang canggih berdasarkan kefahaman pada maksud kalimah dan potongan ayat yang akan dipersembahkan.
4- Memastikan susunan tarannum yang rapi dan tingkatan suara yang bersesuaian dengan kemampuan nafas yang dimiliki.
5- Menghiaskan setiap harakat tarannum dengan pengisian ikhtilal, salalim, dan burdah yang berkualiti dalam usaha mencapai persembahan yang bermutu tinggi dan mencuit jiwa pendengar.
6- Sentiasa menjalani latih tubi yang berterusan di samping merujuk guru-guru dan pakar tarannum secara talaqqi dan mushafahah bagi mendapat gubahan seni yang terkini dan kontemporari kerana sifat suatu seni itu sentiasa maju dan berubah-ubah.









BIBLIOGRAFI

1. Al-Quran al-Karim

2. Al-Hadith al-Syarif.

3. Sedek Ariffin (2009).Jurnal Darul Quran JAKIM : Kepentingan Talaqqi dan Musyafahah Dalam Pembacaan Al-Quran. Disember 2009 . bil. Ke 13. Melaka: Percetakan Surya Sdn.Bhd.

4. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kurikulum Sijil Tinggi Tarannum Al-Quran, Cet Pertama 2007. Selangor: Salwa tegap Niaga.

5. Hj Nik Jaafar Nik Ismail, (2009), Buku Qaedah Tarannum ( Cara Berlagu, Darul Fikr, Kuala Lumpur.

6. Mohd Ali Bin Abu Bakar, (1997), Seni Lagu Al-Quran Di Malaysia, Darul Fikir, Kuala Lumpur.
7. Muhammad Al-Ghazali, ( 1996 ), Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Quran Penerjemah Muhammad Rivai Batubara, Selangor : Budaya Ilmu Sdn.Bhd.
8. Abu Mardhiyah,( 2004),Tajwid al-Quran. Cetakan Pertama ,Kuala Lumpur: Perniagaan Normahs

9. Haji Qasim bin Haji Ahmad (t.t) Risalah Panduan Tarannum bi al-Quran, Kedah.
10. http://mytarannum.blogspot.com/

11. http://pcbukm.blogspot.com/2009/10/tahap-tahap-pembelajaran-ilmu- tarannum.html

12. Nota-nota Kuliah Pengajaran STTQ 2010. ILIM Bangi.




Seni Islam

Pengenalan

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa mengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama. Islam adalah agama yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi menepati citarasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam jiwa, perasaan, nurani dan keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.
Mengikut kebudayaan Barat, seni sebenarnya tiada hubungan dengan agama. Ini adalah disebabkan oleh dasar sekularisme yang mengasingkan hal keduniaan dengan agama. Walau bagaimanapun seni masih dianggap sebagai sesuatu yang ideal dan berkaitan dengan moral. Seni juga boleh dibahagi dengan dua tujuan iaitu seni untuk seni dan seni untuk masyarakat, di mana seni untuk seni adalah bertujuan untuk seni sahaja dan orang mencipta seni ini dibebaskan untuk apa-apa tujuan sama ada mengandungi unsur baik atau jahat. Manakala seni untuk masyarakat pula  menyatakan bahawa seni dicipta untuk sesuatu tujuan maka ianya mestilah difahami oleh masyarakat yang digunakan untuk kemasyarakatan, politik dan akhlak.
Eugene Johnson dalam 'The Encyclopedia Americana' menjelaskan seni (art) sebagai kemahiran, misalnya seni pertukangan yang membawa erti kemahiran pertukangan. Dari segi istilah ilmu berkebudayaan, ia membawa erti sebagai segala sesuatu yang indah. Keindahan yang dapat menggerakkan jiwa, kemesraan, menimbulkan keharuan, ketakjuban, kesenangan atau sebaliknya iaitu dendam, benci, cemas dan sebagainya. Drs. Sidi Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam Tentang Kesenian' menjelaskan bahawa kesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. Justeru itu, manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat, memuaskan dan memberi kepuasan melalui pancaindera. Seni secara ringkasnya dapat dibahagikan kepada empat bahagian utama :
  • Seni melaui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, senia suara dan sebagainya.
  • Seni yang diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni bina, seni pakaian dan sebagainya.
  • Seni yang dapat diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, tablo, teater, filem dan sebagainya.
  • Seni yang dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yang berbentuk puisi dan prosa.

Konsep Seni Menurut Perspektif Islam 

Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas."
Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allah swt lantas segala yang diciptakanNya juga merupakan pancaran keindahanNya. Manusia dijadikan sebagai makhluk yang paling indah dan paling sempurna. Bumi yang merupakan tempat manusia itu ditempatkan juga dihiasi dengan segala keindahan. Allah swt bukan sekadar menjadikan manusia sebagai makhluk yang terindah tetapi juga mempunyai naluri yang cintakan keindahan. Di sinilah letaknya keistimewaan manusia yang tidak dimiliki oleh makhluk lain sama ada malaikat, jin dan haiwan. Konsep kesenian dan kebudayaan dalam Islam berbeza dengan peradaban Islam yang lain.
Dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Seni mestilah merupakan satu proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam, menggerakkan semangat, memimpin batin dan membangunkan akhlak. Ertinya seni mestilah bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar" (menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran) serta membangunkan akhlak masyarakat, bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah. Semua aktiviti kesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan terakhir (keredhaan Allah dan ketaqwaan). Semua nilai mestilah ditundukkan dalam hubunganNya serta kesanggupan berserah diri. Seni juga seharusnya menjadi alat untuk meningkatkan ketaqwaan.


Prinsip-prinsip (ciri-ciri) Kesenian Islam

1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai persekitaran dan sejagat. Alam sekitar galerinya, manakala manusia menjadi seniman yang menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredhaan Allah swt.
2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi.
3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan dan budi yang mantap.
4. Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang Allah dan SyariatNya. Maknanya ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Ini yang membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam.
5. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan sesama manusia dan juga makhluk.
Islam tidak pernah menolak kesenian selagi dan selama mana kesenian itu bersifat seni untuk masyarakat dan bukannya seni untuk seni. Terdapat lima hukum dalam seni jika diperincikan. Antaranya:
(a) Wajib : Jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yang mana tanpanya individu tersebut boleh jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan mencantikkan reka bentuk binaan masjid serta seni taman (landskap) bagi maksud menarik orang ramai untuk mengunjungi rumah Allah swt tersebut.
(b) Sunat : Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat penyatuan umat Islam seperti dalam nasyid, qasidah dan selawat kepada Rasulullah saw yang diucapkan beramai-ramai dalam sambutan Maulidur Rasul atau seni lagu (tarannum) al-Quran.
(c) Makruh : Jika kesenian itu membawa unsur yang sia-sia (lagha) seperti karya seni yang tidak diperlukan oleh manusia.
(d) Haram : Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang :
  • Melekakan manusia sehingga mengabaikan kewajipan-kewajipan yang berupa tanggungjawab asas terhadap Allah swt khasnya seperti ibadah dalam fardhu ain dan kifayah.
  • Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membezakan antara yang hak (betul) dan yang batil (salah).
  • Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan pelbagai kemaksiatan yang lain.
  • Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti pergaulan bebas tanpa batas dalam bentuk bersuka-suka yang melampau. 
  • Objek atau arca dalam bentuk ukiran yang menyerupai patung sama ada dibuat daripada kayu, batu dan lain-lain.
  • Disertai dengan peralatan muzik yang diharamkan oleh Islam seperti alat-alat tiupan, bertali, tabuhan yang bertutup di bahagian atas dan bawah serta alat-alat muzik dari tekanan jari. Sesetengah  ulama mengatakan harus hukumnya jika digunakan untuk pendidikan dan tidak menarik kepada konsep al-Malahi (hiburan yang keterlaluan) juga alat-alat muzik di atas boleh digunakan untuk tujuan dakwah Islamiyyah, seperti yang pernah dibuat oleh Rabiatul Adawiyyah.
  • Seni yang merosakkan akhlak dan memudaratkan individu atau yang berbentuk tidak bermoral seperti tarian terkini (kontemporari).
  • Jenis-jenis seni yang dipertontonkan bagi maksud atau niat yang menunjuk-nunjuk dan kesombongan.
(e) Harus : Apa saja bentuk seni yang tidak ada nas yang mengharamkannya.

Matlamat Kesenian 

Dalam Islam, seni tidaklah bermatlamatkan hiburan, tujuan keduaniaan ataupun keseronokan. Islam telah menggariskan kesenian sesuai mengikut naluri dan fitrah semulajadi manusia. Sewajarnyalah juga manusia mengemudi seni mengikut fitrah manusia yang sedia ada berbekalkan sempadan syariah demi kesejahteraan jiwa dan dunia manusia. Bahkan sekiranya betul pembawaan seni itu, ia dikira ibadah pula. Alangkah ruginya manusia Muslim yang tidak tahu bagaimama untuk membawa kecenderungan makhluk sejenisnya ke arah ketaqwaan kepada Allah swt. Seni Islam dibentuk untuk melahirkan seseorang yang benar-benar baik dan beradab.
Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan pengabdian kepada Allah swt. Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara ma'ruf (kebaikan), halal dan berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt. Fungsi seni tidak kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaanNya.
Seni dalam Islam menanam rasa khusyu' ke pada Allah di samping memberi ketenangan di jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian dan keindahan. Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak berslogan 'seni untuk seni' tetapi 'seni kerana Allah untuk manusia, makhluk dan alam sekitar'. Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt maka seni yang berpaksikan tauhid dapat menanamkan sifat bertaqwa dan beriman. Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan bukan sahaja emosi.

Bidang-bidang Kesenian Islam 

a) Tulisan Khat
Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, penyusunannya dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. Khat merupakan seni tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Nilainya tinggi kerana ianya mudah dirobah mengikut penulisan, bahkan tulisannya seolah-olah mempunyai irama. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama').
Seni khat berkembang dengan perkembangan seni ukiran dan kadang-kadang kedua-dua bidang seni ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ia juga menjadi coretan tulisan indah daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya pemikiran manusia yang mencipta seni tulisan sebagai lambang kepada perkataan yang dituturkan. Perbezaannya dengan huruf-huruf lain adalah dari segi keindahannya, mudah dirobah, disandarkan kepada perkara yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci.



Kepentingan Seni Khat
1. Ia mempunyai kaitan denganpeningkatan tahap tamadun itu sendiri. Sebab itu ia merupakan hasil aktiviti masyarakat maju dan bertamadun.
2. Salah satu maksud dalam saranan Nabi Muhamad s.a.w agar umat Islam membaca dan menulis ayat-ayat al-Quran dengan baik. Dan dengan cara ini difikrkan untuk memudahkan lagi mereka mempelajari dan menghafalnya.
3. Keindahan tulisan merupakan kelembutan jari dan kehalusan pemikiran serta citarasa penulisnya.
4. Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang bermaksud : " Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran ianya narata kunci rezeki".
5. Saidina Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".

Jenis-jenis Seni Khat
Tamudun Islam kaa dengan seni-seni tulisan tangannya juga dikenali sebagai sei khat. Khatnya mengandungi lapan model utama dan selain itu merupakan cabang dari lapan-lapan model ini. Antaranya khat utama ialah Kufi, Thuluth, Nasakh, Farisi, Riq'ah, Diwani, Diwani Jali dan Raihani.
Khat Kufi berasal dai Kufah. Pada zaman Abasiah khat ini digunakan sebagai hiasan pada pelbagai bangunan masjid, pemerintahan, kubah atau menara azan dan ditulis dalam bentuk ukiran timbul.
Khat Thuluth kebanyakannya digunakan hanya untuk hiasan seperti dalam mashaf thmani (al-Quran), nama buku atau kitab serta untuk tujuan lain.
Khat Nasakh merupakan tulisan yang paling banyak digunakan dalam penulisan buku-buku berkenaan keagamaan. Ini kerana tulisan khat jenis ini mudah dibaca, jelas serta tidak mengelirukan
Khat Farisi mula dikembangkan di Parsi (Persia). Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. Ia banyak digunakan untuk penulisan buku kesusasteraan, nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar. Karangan berbahasa Urdu juga biasanya ditulis dengan khat ini.
Khat Riq'ah dapat ditulis dengan cepat. Oleh sebab itu ia sering kali digunakan untuk tujuan suat menyurat dan digunakan oleh para pelajar universiti dan madrasah untuk mengambil nota kuliah.
Khat Diwani. Diwani membawa erti catatanatau antologi karangan. Digunakan secara meluas emasa pemerinatahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. Ia digunakan untuk penulisan surat rasmi seperti surat perjanjian, surat penghargaan dan sebagainya. Fungsinya juga adalah sebagai hiasan.
Khat Diwani Jali. juka dibandingkan dengan khat diwani, ia lebih banyak bentuknya , rumit penulisannya, lebih indah dan estatik. Ia digubah dalam bentuk perahu, ikan, burung dan sebagainya.
Khat Raihani hampir menyerupai khat thuluth, huruf-hurufnya agak lebar dan panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal.

b) Penulisan (Sastera)
Manakala seni penulisan ula dikaitkan dengan seni kesusatetraan. Seni kesusasteraan sememangnya mendapat sambutan yang sangat hangat di kalangan umat Islam dan ianya terjadi kerana kesusateraan Islam bersumberkan al-Quran dan al-sunnah yang mana kesusasteraan al-Quran  dapat dilihat dari dua aspek iaitu keindahan bahasa dan dari segi isinya. Di sini dapat dilihat bahawa hasil atau sumbangan kesusateraan yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah telah menyebabkan ramai kaum musyrikin yang telah memeluk agama Islam hanya apabila mendengar al-Quran. Contohnya al-Walid l-Mughirah yang merupakan penyair yang terkenal pada zaman Jahiliyyah dan pengkritik yang paling tajam terhadap Rasulallah s.a.w, Umar al-Khattab serta Labid, Rabiah dan Jubair bin Mat'am.
AlQuran  telah berjaya melumpuhkan keangkuhan dan kejaguhan sasterawan Arab dari segu keindahan bahasa kesusteraan dan yang lebih menakjubkan lagi ianya bukan sahaja menggetarkan jiwa mereka yang memahami bahasa arab malah melintasi batas periadi, bahasa, keturunan, kebudayaan, geografi, pangkat dan sebagainya. Kesusteraan Islam mula disebarkan oleh Rasulallah s.a.w dan terus berkemabang pada zaman khalifah-khalifah al-Rashidin, Umaiyah dan Abbasiyyah. Selain al-Quran, karya kesusteraan Islam juga meliputi Syair, Rubai', Burdah, Prosa dan sebagainya.

c) Lukisan dan Arca ( Ukiran)
Seni lukisan dan arca juga dkenali sebagai seni halus. Pelbagai barang seni yang dihasilkan untuk perhiasan yang diperbuat dari emas, pohon dan batu mahal dan ukiran eni halus inijuga terdapat pada perabut rumah, piring, kuli buku, jubin, tembikar, daun pintu, makam, gading dan lain-lain. Seni halus ini juga terdapat pada objek-objek seperti berikut antaranya ukiran kayu dan logam yang banyak diperolehi pada zaman kerajaan Fatimiyah. Logam yang dipilih biasanya bewarna emas, perak dan tembaga contohnya pada mata wang syiling, cerek, bekas air, buyung, tungku dan topi besi perang. Begitu juga seni seramik yang juga terdapat pada piring dan tembikar manakala seni sulaman dibuat dalam bentuk kain seperti kain penghias dinding, tikar permaidani, sejadah, barang-barang tenunan sutera dan sebagainya. Seni hias pula biasanya berbentuk seperti kerawag, lampu dan bentuk-bentuk geometri pada kubah dan lain-lain.
Seni lukis ula bermula pada zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasnya tertera pada helaian-helaian safhah a-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan gambar berbentuk araesque dengan pilihan warna emas, buku-buku sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna yang cantik seperti kitab al-Tarikh Syahnama dan buku hikayat alfun alLaial dan buku-buku cerita. Seni lukis Islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-benda bernyawa yan boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung.

d) Seni binaan.
Satu lagi seni Islam ialah seni bina di mana ianya menapai tahap yang mengagumkan. Seni bina bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk yang direka oleh manusia. Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakan satu daripada asas tamadun yang paling utama yag merupakan lambang atau menifestasi daripada sesuatu tamadun. Oleh itu berdasarkan pencapaian ini maka keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur. Buktinya daat dilihat melalui tamadun-tamadun purba yang agung. Pada zaman tersebut, seni bina yang bermutu dihasilkan dan masih lagi wujd waluun dalam bentuk yang telah usang dan hampir runtuh.
Aspek seni bina Islam yang terpenting yang harus diperhatikan iala seni bina masjid. Ini adalah kerana Islam telah meletakkan tempat ibadah sebagai cri terpenting sesebuah bandar. Ini dapat kita perhatikan daripada sirah Rasullah s.a.w tatkala baginda berhijrah ke Madinah, perkara yang pertama baginda lakukan ialah mencari tapak yang sesuai untuk membina masjid. Masjid pertama menjadi lanmbang kekuatan aqidah, kesatuan dan perpaduan umat Muslimin. Masjid pertama yang didirikan di Madinah ialah Masjid al-Nabawi yang digunakan oleh Rasulallah s.q.w sebagai pusat tarbiah (pendidikan) dan pentadbiran dalam menyusun strategi ekonomi, peradaban, perang dan sebagainya. Selari dengan perkembangan masa dan kepentinganya, masjid ekemudiannya dikembangkan dan diperindahkan dengan pelbagai unsur dekoratif-ornamentif berdasarkan latarbelakang budaya persekitaran umat Islam.
Seni bina masjid menjadi lambang keagungan tamadun berbanding dengan barat, kerana unsur-unsur ketamadunan yang dikembangkan di kota-kota raya Islam mementingkan nilai kerohanian dan pada masa yang sama pembangunan fizikal dankebendaan tidak dipinggirkan. Konsep penting dalamseni bina Islam ialah pencapaian iman dan amal, taqwa dan tawadhu', aman dan damai serta merendah hati kepada keagungan Allah s.w.t. Pengagunan dan erhiasan bukanlah menjadi matlamat seni bina Islam, tetapi kerana kreativiti dan inovasi mat, artis, seniman dan arkitek Muslim, ia menjadi suatu seni yang bernilai tinggi yang disepadukan bersama penggunaan corak, warna dan eka bentuk yang dibuat berdasarkan ajaran al-Quran. Kepentingan seni bina masjid di bandar silam Islam digambarkan dengan terdapat 241 buah masjid. Di Kaherah pada abad ke 15 masehi pula terdapat 88 buah masjid jamek (masjid uatama) dan 19 masjid kecil
Dari segi strktur dalaman dan luaran masjid, beberapa perkara dapat dilhat khususnya dari asek mimbar, arah kiblat, tempat kedudukan imam, ruang erkumpul, tang dan pilar utama, anjug dan serambi, mihrab, tempat berwuduk, menara tempat muazzin melaungkan azan, kubah dan lain-lain lagi. Perkaraperkara i merupakan karektiristik sebi bin a masjid  yang memperlihatkan keuhikannya yang tersendiri berbanding dengan seni-bina yang lain. Selain itu, seni bina masjid banyak mengetengahkan bentuk-bentuk blat yang merupakan bentuk yang paling sempurna yang mencerminan kelembutan dan kehalusan seolah-lah ia tidak berkesedahan.
Selain daripada masjid, seni bina Islam juga merangkumi bangunan-bangunan kediaman, kedai, jambatan, saluranair, rumah rehat, bilik mandi, perpustakaan, sekolah dan sebagainya. Seni bina mencirikan kepada lambang islam dan berlandaskan tauhid kepada Allah s.w.t serta menitikberatkan kepada reka bentuk islam banyak dipengaruhi oleh seni bina masjid seperti istana-istana, taj Mahal, kota-kota seperti kta Baghdad malah di Malaysia sendiri seerti bangunan Sultan Abdul Samad, bangunan kerertapi tanah melayu, bangunan daya bumi dan pintu gerbang darul ehsan.

e) Seni Muzik ( Suara, lagu dan Bunyi)
Antara hiburan yang dapat menghiburkan jiwa dan menenangkan hati serta menenangkan telnga ialah nyanyian. Hal ini dibolehkan oleh Islam selagi tidak dicampuri lirij-lirik koto, cabul dan yang dapat mengarahkan kepada perbuatan dosa dan dengan muzik yang tida membangkitkan nafsu bahkan disunatkan hiburan itu seperti pada hari raya, perkhawinan, aqiqah dan waktu lahirnya seorang bayi. Daripada Aisyah r.a bahawa ketika dia menghantar pengantin perempuan ke tempat lelaki Ansar, maka nabi bertanya : "Hai Aisyah ! Apakah mereka ini disertai dengan suatu hiburan? Sebab rang-orang ansar gemar sekali terhadap hiburan".
Tidak terdapat perkataan arab yang boleh diertikadengan istilah Inggeris "muzik" yang menyeluruh. Ensiklopedia Pelajar Oxford mentadbirkan muzik sebagai bunyi yang disusun pada pola yang sedap didengar atau yang boleh melahirkan perasaan.


Qari Iraq, qariah Malaysia johan Tilawah al-Quran Antarabangsa ke-51

by Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman on Thursday, August 13, 2009 at 2:19am ·
GEMBIRA...Sharifah (kiri) dan Usamah menjuarai kategori masing-masing, semalam.

KUALA LUMPUR: Qari Iraq, Usamah Abdullah dan qariah Malaysia, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman, menjuarai kategori masing-masing pada Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-51 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.

Johan qari dan qariah berkenaan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM14,339, piala, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’’adzam Shah dan Sultanah Kedah Sultanah Haminah Hamidun.

Johan qari memperoleh 91.96 peratus manakala juara qariah mendapat 94.75 peratus.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.


Naib johan qari dimenangi wakil Indonesia, Jafar Hadi Fardi Aghchay dengan pungutan markah 91.92 peratus dan qariah Natipa Manasia dari Thailand yang mendapat mata 88.46 peratus, yang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM10,754 setiap seorang, cenderamata dan sijil penyertaan.


Dengan pungutan markah 91.97 peratus, qari Azhar Darma Djunaidi yang juga dari Indonesia dan 88.46 peratus, qariah dari Brunei, Dayang Nurul Akmalina Yahya berjaya meraih tempat ketiga sekali gus melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM7,169 setiap seorang, cenderamata dan sijil penyertaan.

Peserta lain menerima hadiah saguhati iaitu RM3,584 setiap seorang, cenderamata serta sijil penyertaan.

Majlis tilawah yang bertemakan `Wahdah Pemangkin Khaira Ummah’ itu yang bermula Rabu lalu menyaksikan penyertaan seramai 66 peserta iaitu 42 qari dan 24 qariah dari 43 negara.

Sementara itu, johan qariah Sharifah Khasif Fadzillah, 27, berkata beliau berhasrat untuk berehat seketika daripada menyertai pertandingan tilawah selepas impiannya untuk menjuarai tilawah al-Quran peringkat kebangsaan tercapai sebelum memasuki usia 30 tahun.

“Saya ingin berehat buat seketika dan mungkin ingin memberi peluang kepada generasi pelapis pula. Insya-Allah pada masa akan datang, kalau ada rezeki saya sertai lagi,” katanya yang berhasrat untuk mengadakan majlis kesyukuran untuk gurunya.

Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa kali pertama pada 9 Mac 1961 selepas negara menganjurkan musabaqah al-Quran peringkat kebangsaan kali pertama pada Mei 1960. — Bernama



12/08/2009 9:30pm

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Qari Iraq, Usama Abdullah dan qariah Malaysia, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman masing-masing muncul juara majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-51 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Usama yang memperdengarkan Ayat 16 Surah At-Taubah, meraih markah 91.96 peratus, manakala Sharifah Khasif yang membaca Ayat 51 Surah Al-Anbiya memperoleh 94.75 peratus.

Qari Iran, Jafar Hadi Fardi Aghchay mendapat tempat kedua dengan markah 91.92 peratus dan tempat ketiga dimenangi oleh Azhar Darma Djunaidi dari Indonesia dengan markah 91.71 peratus.- Utusan.

Qariah Malaysia, qari Iraq juara tilawah



KUALA LUMPUR: Qariah negara, Sharifah Hasif Fadzilah Syed Badiuzzaman dan qari Iraq, Usama Abdullah, masing-masing muncul johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-51 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam ini.

Sharifah Khasif Fadzillah, 27, yang kali kedua menyertai tilawah Al-Quran antarabangsa memperoleh markah 94.75 peratus manakala Usama memperoleh markah 91.96 peratus.

Qari Iran, Jafar Hadi Fardi Aghchay, yang memperoleh markah 91.92 peratus muncul naib johan dan qari Indonesia, Azhar Darma Djunaidi memenangi tempat ketiga dengan markah 91.71 peratus.



Qariah Thailand, Natipa Manasia yang memperoleh markah 88.46 peratus menduduki tempat kedua manakala Dayang Nurul Amalina Yahya dari Brunei Darussalam menduduki tempat ketiga dengan markah 86.21 peratus.

Johan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM13,600 (AS$4,000) berserta piala pusingan dan sijil penyertaan; naib johan RM10,200 (AS$3,000); ketiga RM6,800 (AS$2,000) dan keempat, RM3,400 (AS$1,000).

Hadiah kepada pemenang qari disampaikan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah manakala hadiah pemenang qariah oleh Sultanah Haminah Hamidun.


Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan isteri, Puan Seri Norainee Abdul Rahman, serta

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Seramai 66 peserta terdiri daripada 42 qari dan 24 qariah dari 43 negara mengambil bahagian pada tilawah bertemakan "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah" yang berlangsung sejak Rabu lalu.


Ekstra Feminin: Perkasakan ilmu al-Quran

Oleh Shaidah Shafie
shasha@bharian.com.my

Sharifah Khasif azam manfaat ilmu al-Quran didik ummah

USIA muda bukan penghalang kepada beliau untuk merintis kejayaan dalam setiap tilawah yang disertai menyebabkan ada pertanyaan apakah rahsia gadis kelahiran Perak itu yang baru-baru ini dinobatkan sebagai johan qariah Tilawah al-Quran Kebangsaan ke-52 yang berlangsung di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak.

Suaranya yang merdu, memiliki nafas yang panjang dan pengetahuan mendalam mengenai selok-belok membaca al-Quran mungkin menjadi penyebab kepada kemenangan gadis muda itu dalam setiap tilawah yang disertai, namun hakikatnya Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman Al Yahya mempunyai lebih daripada itu.

Pembelajaran sepanjang hayat

USIA muda bukan penghalang untuk merintis kejayaan yang mungkin dianggap sukar oleh sesetengah yang lain lantaran bidang diceburi, tilawah al-Quran dan taranum, membabitkan cabaran hebat dan bukan calang-calang individu mampu mengharunginya. Selain masa dan tenaga, tumpuan dan penghayatan adalah antara perkara khusus yang perlu diberi perhatian sekiranya ingin menjadi yang terbaik dalam bidang yang dimaksudkan.

Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman Al Yahya, 25, mungkin bukan artis tersohor negara, tetapi beliau wajar dijulang kerana semangat dan usaha kerasnya untuk memperkasakan budaya mencintai al-Quran menyebabkan beliau boleh dianggap sebagai qariah ulung negara pada ketika ini.

Kehadiran gadis muda itu secara tidak langsung menolak tanggapan umum yang sering mengaitkan bidang agama khususnya tilawah al-Quran dengan golongan berumur, sekali gus dilihat mampu menarik lebih ramai generasi muda mendalami bidang itu.

Mula mempelajari al-Quran sejak berusia empat tahun, Sharifah Khasif tidak menoleh ke belakang lagi dan giat mempelajarinya daripada arwah ayahnya selain menyertai tilawah yang sesuai dengan usianya pada ketika itu.

“Saya mula menyertai tilawah pada usia tujuh tahun dengan mencuba kebolehan di tilawah al-Quran anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana ayah adalah kakitangan TNB.

“Bermula pada peringkat zon, negeri dan kebangsaan, Alhamdulillah saya berjaya menjadi johan kebangsaan bahagian kanak-kanak sewaktu berusia tujuh hinggalah 12 tahun. Kemudian terus menyertai tilawah dari peringkat kanak-kanak hinggalah dewasa,” katanya.

Sharifah Khasif berkata, ketika menyertai tilawah, beliau mengalami cabaran yang sangat hebat kerana kadangkala terpaksa berhadapan dengan peserta yang lebih berusia dan berpengalaman, tetapi berkat usaha serta kesungguhan, beliau tidak kecewa malah mendapat keputusan di luar dugaan.

“Seingat saya, pesaing saya adalah peserta berusia 30 hingga 50 tahun dan saya gementar untuk menghadapi pertandingan apatah lagi menunggu keputusan yang akan diumumkan. Alhamdulillah saya menemui banyak kejayaan dan saya tidak lupa pesan arwah ayah, walau sebesar mana kejayaan kita jangan sesekali lupa pada guru yang mengajar walau sepatah ayat,” katanya.

Begitupun, Sharifah Khasif tidak pernah membiarkan kejayaan melekakan dirinya kerana perjuangan dasar beliau mendalami bidang pengajian al-Quran adalah untuk memperkasakan ilmu al-Quran yang sangat hebat dan indah sekali jika dihayati dengan mendalam.

“Niat menyertai tilawah adalah untuk mengimarahkan al-Quran yang mana seni taranum ini sangat hebat kerana ia juga satu seni yang sangat halus, lebih-lebih lagi apabila kita mengalunkan Kalam Allah serta memahami maksud apa yang dibaca.

“Saya mengambil masa setahun untuk mendalami bidang tajwid sebelum mahir mengenai taranum. Sebelum itu, ketika berusia lima tahun hingga enam tahun, saya belajar memahirkan makhraj huruf dan hukum tajwid dengan arwah bapa sehinggalah bapa mendedahkan saya dan abang dengan taranum dari Mesir,” katanya.

Sharifah Khasif kemudian mula mendengar bacaan taranum Syeikh Mustapha Ismail dari Mesir dan Dr Naina yang juga adalah qari diraja Mesir selain bapanya turut menghantar beliau dan abangnya kepada guru pertama yang mengajar mereka dalam bertaranum dengan cara Arab iaitu arwah ustaz Osman Nasri.

Selepas giat belajar, tujuh jenis taranum asas sudah berjaya dikenali sebaik mungkin dan guru yang mengajar beliau turut berbangga dengan kejayaan dikecapi sehinggakan setiap kali beliau membaca, gurunya menitiskan air mata kerana terlalu gembira.

Bagaimanapun, tidak mudah untuk Sharifah Khasif sampai ke tahap itu kerana terlalu banyak cabaran yang perlu dihadapi terutama untuk mengenal jenis taranum.

Katanya, untuk memahirkan bacaan, tiada istilah cuti dalam rutin yang dilakukan kerana beliau perlu berlatih sekurang-kurangnya lima taranum dalam sehari di samping harus membuat latihan suara dan pernafasan kerana modal qari serta qariah ialah memiliki suara yang baik dan nafas yang panjang.

“Tidak dinafikan setiap kali melangkah ke pentas, perasaan gemuruh tetap ada. Untuk menghilangkan rasa gemuruh itu, saya anggap penonton adalah murid saya dan saya adalah guru yang akan mengajar mereka.

“Selain itu, memiliki pernafasan yang panjang dan kebolehan bertaranum dengan kreatif adalah penting supaya bacaan menjadi lebih mantap serta bertenaga,” katanya.

Hasil buku buat tatapan generasi masa depan

SHARIFAH Khasif juga berhasrat menghasilkan buku mengenai perjalanan seninya sebagai qariah dengan harapan buku berkenaan dapat dirujuk dan dijadikan sumber inspirasi kepada anak-anak kecil yang akan menjadi pelapis kelak.

“Selain ingin mengarang buku yang boleh dijadikan panduan, saya ingin sekali mempersembahkan bacaan di serata dunia terutama di negara yang amat berpengaruh dalam bidang taranum dan membaca al-Quran dengan cara menghafal ayat yang ingin dipersembahkan.

“Insya-Allah saya berusaha untuk menggalakkan lebih ramai lagi anak kecil, remaja dan dewasa supaya dapat bersama mengimarahkan al-Quran dan menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup, malah akan terus dirahmati Allah

“Saya akan terus memperjuangkan ilmu al-Quran ini sedaya upaya kerana al-Quranlah yang menerangi hidup saya. Kehidupan yang saya kecapi hari ini semuanya dengan berkat al-Quran,” katanya.

Sharifah Khasif juga mengadakan sesi kelas taranum di Shah Alam dan Cheras serta menjadi pengacara segmen Indah Kalam Suci di saluran Astro Oasis pada setiap Khamis, jam 10 malam secara langsung.

Panduan membaca al-Quran:

Perlulah berguru, maknanya perlu ada guru di hadapan supaya kita tidak tersasar dalam bacaan.

Kenali sifat huruf dan makhraj huruf, ini yang asas perlu dipelajari dalam bacaan. Penting juga mengetahui bagaimana sifat huruf dan dari mana keluarnya setiap huruf itu supaya sebutan dalam bacaan al-Quran dapat disebut dengan tepat.

Baca al-Quran sekurang-kurangnya satu muka setiap hari kerana al-Quran adalah syafaat tertinggi di akhirat, al-Quran akan menjadi cahaya kita di alam kubur dan al-Quran adalah saham di akhirat.

Allah mencintai orang yang membaca al-Quran seperti diturunkan. Justeru, orang yang hidupnya berdampingan dengan al-Quran akan mendapat petunjuk daripada Allah dan hati akan sentiasa menjadi tenang.

Profil

Sharifah Khasif Fadzilah BSyed Mohd Badiuzzaman Al Yahya

Keturunan: Hadramaut, Yaman.

Tarikh Lahir: 5 Ogos 1982

Tempat Lahir: Ipoh, Perak.

Adik-beradik: anak kedua daripada tiga beradik.

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kewangan, Universiti Tenaga Nasional .

Pekerjaan: Pegawai Operasi Saluran Astro Oasis/Pengacara bersama di Astro Oasis, Kalam Suci.

Pencapaian:

Johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan 2009 & 2008

Bakal Mewakili Negara ke Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2009 yang akan berlangsung di PWTC pada Ogos ini

Naib Johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2008

Naib Johan Akademi al-Quran TV9

Johan Tilawah peringkat Kebangsaan anjuran TNB 1989-1999

Tokoh Remaja Hijrah RTM Perak 2000-2003

Tokoh Remaja Hijrah peringkat Universiti 2005

Mewakili Negara Jemputan ke Iran dan serata timur tengah


Lihat tafsir untuk tahu makna
   
PENGALAMAN dimarah, diherdik serta dirotan ketika belajar mengaji al-Quran dengan seorang ustaz di Kota Tinggi Johor, menjadi kenangan paling bermakna bagi Nor Azrah Ayub, 32.


Jika tidak kerana kegarangan serta disiplin yang tinggi, tidak mungkin dia berjaya menjadi qariah seterusnya mewakili negara ke peringkat antarabangsa Majlis Tilawah al-Quran ke-52, baru-baru ini.

Malah Azrah bersyukur, bimbingan guru agama, sokongan suami dan keluarga menyebabkan dia mampu mendalami ilmu al-Quran seterusnya memanfaatkan kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Menyingkap kejayaannya sehingga bergelar qariah, menurut wanita kelahiran Kota Tinggi, Johor ini, dia mula belajar mengaji sejak berusia lima tahun dengan ibunya, Hamidah Abd Rauf. Apabila semakin lancar ketika berusia 10 tahun, dia dihantar mengaji oleh ibunya dengan seorang guru agama, Ismail Panachok untuk mendalami ilmu tajwid serta taranum.

"Ustaz Ismail sangat garang, dengan rotan di tangan, dia memukul lantai sekiranya saya salah membaca al-Quran. Malah saya dan kanak-kanak lain dimarahi sekiranya tidak mampu membaca dengan baik.

"Namun saya tidak pernah ambil hati dan menganggap apa yang dilakukan ustaz sebagai proses pembelajaran. Malah saya mengambil peluang yang ada dengan bertanya jika tidak faham mengenai sesuatu perkara," katanya.

Azrah akui, pada usia yang masih terlalu muda memang agak sukar untuknya menyuburkan rasa cinta kepada ilmu al-Quran. Namun berkat belajar dan sentiasa membaca tanpa jemu, akhirnya sedikit demi sedikit rasa cinta dan sayang itu datang sehinggakan dia berasakan al-Quran itu sebagai peneman dirinya setiap masa.

Kesungguhannya serta bimbingan daripada mantan qari Johor, dia berjaya memenangi hadiah keseluruhan bagi Majlis Tilawah al-Quran peringkat Kota Tinggi walaupun ketika itu baru berusia 12 tahun.

Malah ketika bersekolah menengah di Kolej Tunku Ampang Mariam, Azrah mewakili sekolah sehingga ke peringkat negeri. Kejayaan paling membanggakan apabila dia menjadi johan Qiraat Ikhtifal Senawi untuk sekolah menengah agama seluruh Malaysia.

Kejayaan yang diraih itu semakin menguatkan semangatnya untuk mendalami al-Quran. Setiap hari dia pasti membaca al-Quran walau hanya sehelai, malah ketika datang bulan sekalipun Azrah akan bertaranum sekadar mengeluarkan suara. Biasanya dia mengalunkan bacaan al-Quran pada tengah malam atau pada awal pagi dalam suasana sunyi untuk khusyuk.

Memandangkan belum fasih berbahasa Arab, sambil membaca dia akan melihat tafsir al-Quran untuk mengetahui maknanya. Dengan cara ini Azrah akan lebih merasai bahagian yang perlu diberi penegasan, rasa gembira, dilembutkan atau dinyaringkan sekali gus menjadikan bacaannya bertambah baik.

"Jika tidak membaca al-Quran jiwa terasa kosong, seakan ada perkara wajib belum sempurna. Membaca al-Quran membuatkan saya lebih dekat dengan Allah. Malah hati semakin tenang dalam apa juga perkara yang saya lakukan," katanya yang mengakui bakat membaca al-Quran diperoleh daripada ibunya yang dulu adalah penyanyi ghazal serta pandai berzanji.

Amalan membaca al-Quran yang boleh dianggap sebagai hobi, diteruskan selepas Azrah melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor. Kebetulan UTM berdekatan dengan kampungnya di Felda Sungai Sayong, jadi pembabitan dalam tilawah tidak pernah terhenti.

Azrah berterima kasih kepada Unit Kesenian Islam Yayasan Warisan Johor kerana mendapat bimbingan dalam program mentor menti serta berpeluang mendalami ilmu tajwid dan taranum daripada mereka yang lebih arif seperti johan qari Kelantan, Bachok Tumpak dan Yahya Daud serta hakim kebangsaan dan antarabangsa Nik Jaafar Ismail.

Malah sepanjang minggu Majlis Tilawah al-Quran, Azrah mendapat tunjuk ajar dan latihan daripada jurulatih terpilih mantan johan qariah antarabangsa, Umi Kalsom Mat Zin.

Namun dalam kegembiraan mewakili Malaysia untuk Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-52, Julai lalu, Azrah mengakui dia sedikit terkilan kerana melakukan kesilapan daripada segi hukum tajwid serta fasahah. Namun dia reda kerana bukan rezekinya dia hanya mampu menyandang tempat keempat saja.

"Sesiapa juga yang menyertai pertandingan pasti mengharapkan kemenangan. Namun saya reda dan menganggapnya bukan rezeki untuk menyandang tempat pertama.

"Mungkin ada hikmah di sebalik kekalahan ini supaya saya lebih mendalami ilmu al-Quran daripada segi tajwid, taranum dan fasahah. Malah pengalaman yang saya peroleh akan saya gunakan pada masa-masa akan datang," katanya yang pernah mewakili Johor ke peringkat kebangsaan sebanyak empat kali pada 2004 di Perlis, 2005 di Terengganu, 2009 di Perak dan 2010 di Sabah dan menjadi johan peringkat kebangsaan.

Ibu kepada lima anak, Muhamad Faizun Naim Md Fauzan, 8, Muhamad Faizun Nazim, 7, Rabiatul Raudah, 5, Muhamad Faizun Nazran, 4, dan Muhamad Faizun Nurhan, 2, kini mengajar anak-anaknya membaca al-Quran bersama suaminya, Md Fauzan Samad.

Baginya, ilmu al-Quran harus diberikan ketika mereka masih kecil, seperti mana buluh yang harus dilentur daripada rebung.

"Al-Quran mampu mengelak individu daripada terjerumus dalam gejala tidak sihat. Namun sekiranya anak sudah meningkat dewasa, agak sukar membentuk diri mereka supaya cintakan al-Quran serta menjadikannya sebagai amalan.

"Sebaiknya beri pendedahan kepada mereka ketika masih bersekolah," katanya yang bertugas sebagai Pegawai Perancang Bandar dan Desa di Jabatan Perancang Pembangunan, Majlis Perbadanan Johor Bahru Tengah.

Pada masa akan datang, Azrah akan terus menyertai pertandingan tilawah al-Quran untuk menimba pengalaman serta memperbaiki bacaan dari semasa ke semasa. Pada masa sama, dia teruja untuk membuka kelas taranum untuk kanak-kanak di kawasan tempat kediamannya di Johor pada tahun hadapan.

"Pelbagai gejala sosial yang berlaku sekarang kerana tidak mendalami ilmu al-Quran dengan sebaiknya.

"Justeru, dengan pembukaan kelas al-Quran kepada kanak-kanak ini saya berharap pada masa akan datang generasi muda akan kembali memartabatkan al-Quran dengan mendalami dan menghayatinya sepanjang masa," katanya yang sangat mengagumi bekas qariah antarabangsa, Faridah Mat Saman, Rahmas Abdullah dan Rogayah Sulung.


al-Quran Mukjizat Berkekalan


Rate This

AL-QURAN mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kedudukan istimewa dalam Islam.

AL-QURAN mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kedudukan istimewa dalam Islam.
Malah, dikatakan tidak sempurna sesebuah rumah itu jika tidak mempunyai kitab suci berkenaan walaupun peng huninya jarang membaca dan menelaahnya.
Meskipun nampak mudah, tetapi manusia tidak mampu menghasilkan kitab yang sehebat al-Quran.
Justeru, sesiapa membacanya diberi ganjaran berlipat ganda dan ia menjadi panduan dalam kehidupan insan.
Bagaimanapun, senario masa kini menyaksikan pelbagai pandangan masyarakat terhadap al-Quran.
Kitab itu tidak dijadikan panduan hidup, malah ada mem bacanya dengan tajwid dan gaya bacaan yang janggal dan tidak tahu makna.
Sesetengah pula gemar membaca surah tertentu, mengikut musim dan adat bahkan tidak kurang hanya membeli sebagai koleksi sehingga ia dibiarkan berdebu ditelan waktu.
Apapun sikap masyarakat Islam terhadap al-Quran, kitab suci yang diturunkan pada bulan Ramadan mempunyai hikmah dan mukjizat yang tidak digambarkan dengan ka ta-kata kepada manusia.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia (al-Quran) akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Al-Quran yang mengandungi lebih 6,000 ayat dikenali juga dengan beberapa nama lain seperti al-Kitab, bermaksud sebuah kitab sebagaimana dijelaskan di awal surah al-Ba qarah, al-Furqaan iaitu pemisah hak dan batil, az-Dzikr dengan makna peringatan dan at-Tanzil bermaksud pe nurunan.
Masyarakat Islam wajib mempercayai kitab terbabit ke seluruhan dan berpegang teguh dengannya, malah beriman kepadanya satu daripada enam rukun keimanan, sekali gus tertutup rapat pintu keraguan terhadapnya.
“Kitab al-Quran ini, tiada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” (al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 2).
Bagi bukan Islam, sesetengahnya masih sukar mempercayai kitab terbabit, bahkan ditambah dengan kekeliruan di timbulkan segolongan pihak, melebarkan kesangsian mereka terhadap kandungan kitab itu.
Tetapi yang nyata kitab itu tiada sebarang keraguan padanya, dianugerahkan kepada manusia melalui Nabi Muhammad s.a.w, malah ia manual yang sesuai diaplikasikan setiap zaman walaupun generasi dan tamadun manusia sentiasa ber ubah-ubah.
“Katakanlah: Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan men datangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding de ngannya walaupun mereka saling bantu-membantu.” (al-Quran, surah al-Isra:88)
Pensyarah al-Quran, hafazan dan taranum di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Nilam Puri, Ke lantan, Muhammad Lukman Ibrahim, berkata kehebatan, kelebihan dan mukjizat al-Quran menandingi yang lain.
Beliau berkata, kitab Taurat dan Injil yang memang dijaga paderi sepanjang waktu boleh berubah, tetapi al-Quran tetap terpelihara daripada perubahan, menjadikannya asli, dahulu, kini dan selamanya.
“Pada zaman Nabi dahulu, seorang bernama Musailamah al-Kazzab cuba menandingi al-Quran, mereka-reka ayat al-Quran seperti surah al-Fiil iaitu mengenai gajah.
“Antara katanya, gajah…apa itu gajah…ada belalai yang panjang. Orang ramai bukannya takjub dengan kepan daiannya itu, tetapi gelak ketawa, sekali gus gagal mem bawakan ayat seumpama al-Quran,” katanya.
Mukjizat al-Quran jugalah memberikan ketenangan, malah melembutkan hati kepada sesiapa yang membaca dan men dengar alunannya.
Bahkan Saidina Umar al-Khattab yang terkenal dengan sifat bengisnya menjadi lembut hati dengan al-Quran.
Dalam satu riwayat, Saidina Umar (sebelum menjadi Mus lim) bersama pedangnya menuju ke tempat Nabi s.a.w dan sahabat yang lain, mencari untuk membunuh baginda. Dalam perjalanan itu, beliau disapa Nu’aim bin Abdullah.
Nu’aim berkata: “Demi Allah, kamu tertipu oleh dirimu sendiri, hai Umar! Apakah kamu mengira Bani Abdi Manaf akan membiarkanmu berjalan bebas di muka bumi selepas kamu berjaya membunuh Muhammad! Sebaiknya kamu pulang ke rumahmu dulu, selesaikanlah dulu urusan ke luargamu.”
Umar bertanya kehairanan: “Siapa yang kamu maksudkan dengan keluargaku dan apa maksudmu?”
Nu’aim menjawab dengan senyum sinis: “Iparmu dan anak saudaramu sendiri, Said bin Zaid, bahkan adikmu sendiri, Fatimah binti Khattab, masuk Islam dan mengikuti agama Muhammad. Hal merekalah yang harus kamu selesaikan.”
Mendengar jawapan Nu’aim, kemarahan Umar meluap-luap bagai disengat jengking.
Beliau menukar haluan bergegas ke rumah kedua-dua ahli keluarganya itu.
Ketika itu, di rumah Said ada seorang sahabatnya, Khabbab Ibnul Aratt yang membacakan ayat al-Quran kepada me reka.
Apabila Umar datang, Fatimah segera mengambil lembaran berisi ayat suci itu dan menyembunyikannya di bawah pahanya sedangkan sebaik mendekati rumah terbabit Umar sempat mendengar bacaan Khabbab, sehingga beliau bertanya kepada mereka: “Syair apa yang aku dengar tadi…Aku diberitahu kamu berdua mengikuti agama Muhammad!”
Selepas itu, Umar menyerang Said. Fatimah pula melompat dan berusaha menghalang tindakan Umar, namun terkena tamparan hingga kepalanya berdarah.
Kemudian, Fatimah berkata kepada abangnya itu: “Ya, benar! Demi Allah, kami berdua memang sudah masuk Islam dan beriman kepada Allah dan rasul-Nya, Muhammad. Kini kamu sudah mengetahuinya. Perbuatlah sesuka hatimu ter hadap kami. Kami tidak gentar sedikit pun.”
Selepas Umar melihat darah pada kepala adiknya, beliau menyesal lalu menahan marahnya dan berkata kepada adik nya: “Kalau begitu, berikan padaku lembaran syair yang aku dengar tadi supaya aku dapat mempertimbangkan apa yang diajarkan Muhammad kepadamu.”
Fatimah memberikan lembaran ayat suci itu kepada abang nya, Umar.
Dalam lembaran itu tertulis surah Taha. Selepas selesai membaca lembaran itu, Umar berkata: “Alangkah indahnya kata-kata ini dan alangkah mulianya.”
Bermula detik itulah Umar memeluk Islam. Hatinya yang keras menjadi lembut selepas menatap ayat suci al-Quran.
Lukman berkata, ayat al-Quran tidak seperti teks lain kerana gaya bahasanya tinggi dan hal ini diperakui sendiri kalangan orang Arab yang mahir dalam ilmu bahasa.
“Orang kita, bahkan bangsa lain yang tidak begitu tahu mengenai ilmu bahasa terbabit tidak mampu menilai dan merasai kehebatan gaya bahasa terbabit, sebagaimana orang Arab.
“Tetapi bagi orang Arab, walaupun mereka menilai ke tinggian gaya bahasa dan keindahannya, mereka gagal me ngadakan ayat seumpama itu,” katanya.
Beliau juga menyangkal sekeras-kerasnya, jika ada orang yang mengatakan ayat al-Quran seperti bentuk nyanyian, puisi atau syair.
“Saya sendiri ada melakukan kajian terhadapnya dan me mang terbukti ayat-ayatnya tidak boleh dilagukan seperti nyanyian, syair atau qasidah.
“Ia mempunyai tajwid dan membacanya mesti mengikut hukum terbabit. Inilah keistimewaan al-Quran,” katanya.
“Dan ini ialah kitab yang Kami turunkannya yang di berkati…” (al-Quran, surah al-An’anm:155)







Koleksi Seni Tarannum Al-quran

 الشيخ وان عين الدين يلتقي المقامات مع الشيخ نيك جعفر

Champion 1996 National Qur'an Competition Hj Md Hussin Yunus 

MTQ Kebangsaan 2011 - Tarmizi Ali 

 

Johan Qariah MTQ Kebangsaan 2011 - Suraya Abu Hasan 

 

Al-Fatihah 12 Taranum

01 Berzanji Hj Ramli jana - Al Janatu 

 

Bacaan Berzanji - Hajjah Rahmah Abdul Rahman 

Surat Al-fatiha (Maqam Bayati) سورة الفاتحة 

Fatiha (Maqam Nahawand) By: Sheikh Abdelkarim Edghouch 

 

Surat Al-fatiha ( Maqam Saba) 

Surat Alfatiha-Maqam Jaharka 

Fatiha Maqam Rast by Sheikh Abdelkarim Edghouch 

Emotional AL-FATIHA Recitation 

Very Emotional Recitation by Sheikh Mishary Al Afasi Reciting Alfatiha and Al Qadar 

 

Surat Al-Fatiha Best Recitation 

THE BEST FATIHA, www.facebook.com/ALHABTY 

Baca Al - Qur'an Paling Merdu Di Dunia 

Do'a Qunut yang nmembuat menangis - Syeikh Hani Ar Rifai (IPH's video collections

Azan yang merdu 

Johan Azan 

DAHSYATNYA GETARAN AL FATIHAH ( 3 X ULANG ) 

Bacaan Al Quran Yg Sgt Merdu 

 

MasyaAllah!!!!! Best Fatihah 

Yasiin 

Bacaan-Quran-Menakjubkan-Anak-Kecil2[www.bukushahih.com].flv 

Anak bersuara merdu nan indah 

Anak Ajaib - Hapal al Quran umur 3 tahun 

Budak kecil azan dan sembahyang.mp4

Anak Kecil Jadi Imam Shalat 

Apa perasaan anda bila tengok video ni?. Geram? Sedih? Tak caye? 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment